Wanie Rusli: June 2017

Pages

17 Jun 2017

RAWAT KEPUTIHAN DENGAN ALFALFA SHAKLEE

Situasi 1
Keluar pergi shopping mall. Masuk waktu solat, terpaksa pergi toilet dulu sebab nak tukar pantyliner. Kalau tak tukar, tak sah pulak solat. Bila tukar, tengok pantyliner penuh dengan keputihan. Huhuhu...
Tengah bulan poket kering tapi nak tak nak kena beli pantyliner sebab ada keputihan. Kalau tak beli, nanti asyik nak kena tukar panties je.
.
.
.
Saya yakin, ramai wanita di luar sana mengalami situasi yang sama.
Masalah keputihan adalah sesuatu yang sangat sinonim dengan wanita. Keputihan adalah lelehan lendir berwarna jernih atau kelabu keputihan yang keluar dari faraj wanita dan mempunyai pelbagai sifat dan berlainan pada setiap wanita.

Situasi 2
Keputihan samada banyak atau sikit; tetap perlu diambil berat oleh kaum wanita.
Keputihan adalah normal tapi jadi masalah yang perlu dibimbangkan bila keputihan tersebut banyak, berbau dan gatal sehingga mengundang rasa tidak selesa.

APA ITU KEPUTIHAN?


Setiap wanita akan mengalami keputihan kerana ia sebenarnya adalah proses perubahan hormon di mana sel-sel mati akan dikeluarkan dari dalam lubang faraj.


Keputihan yang normal

Ciri-ciri keputihan NORMAL:
  • Keluar dengan jumlah yang sedikit
  • Cair
  • Jernih atau sedikit putih
  • Tiada bau atau sedikit bau yang bukan tidak menyenangkan


Namun begitu, ciri-ciri di atas kebiasaanya berubah sedikit mengikut kitaran haid wanita.
Sebagai contoh, keputihan akan bertambah pekat ketika hari subur iaitu semasa ovulasi pada hari ke-14 selepas hari pertama haid, ketika wanita menyusu badan dan ketika syahwat.
Baunya pula berbeza ketika mengandung atau kurang penjagaan kebersihan di bahagian alat sulit. Ubat gatal anti-histamine juga boleh mengubah kelikatan dan jumlah keputihan.


Keputihan tak normal

Ciri-ciri keputihan TIDAK NORMAL
  • Terlalu banyak
  • Tekstur berubah - berketul, berbuih dan berair
  • Berwarna kelabu, kuning, hijau atau coklat
  • Berbau busuk atau hanyir seperti keju masam
  • Bahagian Miss V terasa gatal dan menyebabkan keradangan.



BAGAIMANA SAYA BOLEH MENDAPAT KEPUTIHAN?
  1. Ketika anda sedang HAMIL. Semasa hamil, faraj kita mengandungi gula yang tinggi yang dipanggil glikogen dan menggalakkan pertumbuhan kulat.
  2. Memakai pakaian ketat atau material kain daripada bahan sintetik seperti nilon. Pakaian jenis ini tidak menyerap peluh dengan baik, panas dan menghalang peredaran angin dan menggalakkan keputihan.
  3. Penggunakan mandian buih berwangian atau pelapik seluar dalam (pantiliner) beraroma yang mungkin menyebabkan ketidakselesaan.
  4. Pengambilan antibiotik. Antibiotik boleh mengganggu keseimbangan di antara mikro-organisme baik dan jahat yang tinggal di dalam perut anda.
  5. Pesakit kencing manis atau diabetes gestasi ketika hamil (GDM) yang tidak dikawal dengan baik.
Keputihan bukanlah sejenis penyakit namun jika tidak dirawat dengan segera, keputihan boleh menjadi bertambah serius. Masalah keputihan yang teruk boleh menyebabkan jangkitan kuman seperti sifilis dan gonorrhea (jangkitan melalui hubungan seks).


PANDUAN MENJAGA VAGINA & MENGELAKKAN MASALAH KEPUTIHAN
  1. Bersihkan bahagian luar kemaluan setiap kali selepas membuang air kecil/air besar menggunakan air. Selepas itu lap dengan tisu atau tuala bersih sehingga kering. Jika tidak dilap dengan kering, bakteria boleh terperangkap di kawasan tersebut dan mengundang bau yang tidak menyenangkan.
  2. Kerap menukar tuala wanita / pad ketika haid terutamanya ketika heavy flow. Begitu juga bagi mereka yang menggunakan tampon.
  3. Mengelakkan douching - memasukkan jari atau pancutan ke dalam vagina untuk membersikan bahagian dalam vagina.
  4. Wanita digalakkan membuang air kecil dan membersihkan alat sulit selepas selesai melakukan hubungan sulit.
  5. Elakkan pemakaian pakaian dalam yang diperbuat daripada bahan sintetik yang terlalu ketat. Hal ini boleh menyebabkan kulit mudah berpeluh, tiada peredaran udara pada kulit dan menggalakkan pembiakan kuman serta bakteria.
  6. Mereka yang mengalami keputihan perlu tahu untuk membezakan samada keputihan yang dialami itu normal atau tidak. 

CARA MERAWAT KEPUTIHAN

Kini anda boleh merawat masalah keputihan dengan supplement semulajadi dari SHAKLEE iaitu ALFALFA COMPLEX. Alfalfa boleh dimakan begitu sahaja dengan air masak ataupun boleh direndam dengan air panas dan jadikan sebagai minuman herba.


Alfalfa Complex


Kenapa ALFALFA?
  • Alfalfa - sejenis herba & dikenali sebagai raja segala tumbuhan.
  • Makanan yang paling kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat galian.
  • Alfalfa dapat membekalkan nutrisi yang mana kebanyakannya tidak terdapat di dalam buah-buahan dan sayuran yang lain.
  • Alfalfa kaya dengan protein, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamins, 8 enzim dan fitokimia.
  • 10 biji Alfalfa menyamai nutrisi yang dibekalkan segelas susu.
Semua golongan boleh consume Alfalfa ni kecuali pesakit SLE ataupun LUPUS. SLE adalah penyakit di mana antibodi badan menyerang diri sendiri jadi alfalfa perlu dielakkan.

Saya suka cadangkan pengambilan Alfalfa sebagai jalan keluar untuk masalah keputihan yang dialami wanita. Ini kerana Alfalfa adalah sejenis herba dan sangat diakui keberkesanannya untuk kesihatan dalaman wanita lebih-lebih lagi yang sudah bergelar isteri.

Jangan tak tau...Alfalfa ni bertindak seperti KACIP FATIMAH tau!!!

Manfaatnya sangat banyak untuk keintiman wanita terutama bagi masalah keputihan ini.
Keputihan yang teruk boleh mengganggu hubungan suami isteri tau.


KEBAIKAN & KELBIHAN UTAMA ALFALFA COMPLEX SHAKLEE:



Khasiat Alfalfa Complex
  • Mencuci hati, darah dan usus - Makanan yang sangat beralkali ini boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit serta otot.
  • Melawan alahan - Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan kulat air (athlete's foot) dengan berkesan.
  • Baik untuk patologi usus dan perut - memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit
  • Menyingkir lemak dan kolestrol - kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada Alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolestrol, mencegah penyakit jantung, strok, dan darah tinggi. Hanya Alfalfa sahaja mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolestrol.
  • Melawan tumor - memakan 30-50 tablet untuk mengalkalikan badan, dengan itu memperbaiki sel-sel kanser dan membuang tumor.
  • Melegakan keletihan - Melegakan keletihan dan sebagai rawatan kepada kebanyakan penyakit.
  • Mencegah/merawat atritis - Melegakan sakit artritis dan kesakitan.
  • Merapat dan mengetatkan alat sulit wanita disamping memberi rasa selesa ketika bersama terutamanya selepas bersalin dan dalam tempoh menyusukan anak.
  • Dijadikan sebagai Milk Booster oleh kebanyakan ibu menyusu kerana Alfalfa mampu mempercepatkan penghasilan susu ibu kerana kandungan proteinnya yang tinggi.


 Lain-lain Kelebihan ALFALFA:
  • Melegakan sakit-sakit sendi dan sakit belakang
  • Mengurangkan masalah resdung dan eczema
  • Memberi kelegaan ketika period
  • Membantu merawat athma
  • Membantu membuang angin dalam badan
  • Membantu mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
  • Meneutralkan asid dalam badan
  • Membantu masalah keputihan pada wanita
  • Membesar dan menegangkan payudara
  • Bertindak seperti kacip fatimah untuk para isteri
  • Memulihkan urat dan mengecutkan rahim selepas bersalin
  • Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  • Meningkatkan stamina lelaki
  • Membantu melegakan sembelit.

Setiap masalah ada penyelesaiannya.

Jangan mudah panik dan takut jika anda mengalami masalah keputihan ini. 

Seperti yang saya nyatakan di atas, KEPUTIHAN BUKANLAH PENYAKIT tetapi perlu dirawat dengan kadar segera sebelum ianya bertambah buruk. Jangan teragak-agak untuk mendapatkan rawatan doktor jika masalah keputihan anda semakin serius.

Untuk pertanyaan dan pesanan, boleh hubungi saya:

017-9445430 (Whatsapp / SMS / Telegram / Call)

FB: Siti Nor Azwanie Rusli
IG: beautystore_bywanierusli

InsyaAllah saya akan GUIDE anda dengan BEST & SPECIAL CONSULTATION.

Wanie Rusli Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign