Wanie Rusli: October 2017

Pages

10 Oct 2017

Nak Berjaya? Sila Baca Nih...

Assalamu'alaikum WBT...moga readers sekalian diberkati Allah SWT...
.
.
.
Okay...saya bukanlah nak bagi tips macam mana nak berjaya dalam BISNES atau HIDUP...
Lagipun dah ramai yang post pasal tips-tips nak berjaya ni:

- Jaga Hubungan Dengan ALLAH (paling utama)
- Jaga Hubungan Dengan MANUSIA (penting jugak ni)
.
Saya baru je mendaftar sebagai Pengedar SHAKLEE awal Mac 2016 yang lepas jadi saya bukanlah orang yang sesuai untuk bercakap soal ni.

Saya cuma nak coretkan pengalaman saya sepanjang saya bergelar Pengedar SHAKLEE yang masih lagi hijau.

Saya memang suka membaca. Jadi bila tak ada kerja kat office saya akan ambil kesempatan untuk baca tentang produk SHAKLEE or marketing plan yang MENTOR saya ajarkan. Kadang-kadang saya akan baca blog2 atau post kat page FB mereka tentang kisah kejayaan para leaders SHAKLEE yang lebih dulu berjaya.

Kenapa saya buat macam ni?
Saya baru sangat bermula. Orang masih belum kenal saya sebagai Pengedar SHAKLEE...it takes time tapi SAYA SANGAT PASTI yang ALLH SWT akan bantu saya untuk dapatkan customers.


Sebab tu kita perlu baca kisah kejayaan orang2 yang dah berjaya..tengok berapa lama mereka ambik masa untuk hasil yang pertama. Hasil yang pertama itu sangat2 berbaloi walaupun nilainya tak seberapa sebab ia adalah hasil titik peluh kita berhempas pulas untuk memperkenalkan produk/jenama/diri kita kepada umum.

Mentor saya pernah berpesan...
Nak buat marketing, jadilah macam BILLBOARD...
Biarlah berpanas berhujan sampai warna pun dah nak buruk tapi semua orang akan baca & tengok BILLBOARD tu.
Kalau dah sehari beratus or beribu orang yang tengok, pasti akan melekat dalam kepala mereka tentang BILLBOARD tu.

Apa yang penting...MULAKAN SEKARANG.
Bukan tunggu ilmu pasal produk penuh kat dada baru nak mula.
Ilmu ni takkan pernah habis.
Lagi lama tunggu, lagi lambat lah kita bermula.

Yang penting MULAKAN SEKARANG.
Soal ilmu tak cukup tu, jangan risau sebab sambil kita buat marketing sambil tu kita belajar dan dapat ilmu...gain from the experiences.


Tak tahu TANYA.
MENTOR ada boleh guide.
Tak perlu takut akan silap sebab manusia ni tak perfect. Yang penting belajar dari kesilapan.

Wanie Rusli
017-9445430

Wanie Rusli Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign