Wanie Rusli: 2019

Pages

18 May 2019

SET KESIHATAN JANTUNG SHAKLEE

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera.

Semoga anda yang membaca post ini sentiasa diberikan kesihatan yang baik oleh Allah SWT.
.
.
.
Ramai yang pernah dengar pasal sakit jantung kan? Tapi sejauh mana kita tahu tentang penyakit ni?

Saya sendiri pun tak pernah ambil tahu tentang hal ni. Jadi jom kita sama-sama tambah ilmu. Boleh jadi ilmu kita yang tak seberapa ni dapat membantu mereka yang menghidap penyakit ni.

APA ITU PENYAKIT JANTUNG?


Penyakit jantung berlaku bila saluran darah menjadi sempit akibat pengumpulan plak kolestrol yang menyebabkan bekalan darah yang sampai ke jantung tidak mencukupi.

FAKTOR PENYUMBANG
Ada beberapa faktor yang menjadi penyumbang kepada penyakit jantung ini:

1) Amalan Pemakanan

Makan tanpa mempedulikan isi kandungan dan jenis makanan mudah menyumbang kepada pelbagai gejala penyakit terutamanya diabetis, tekanan darah tinggi dan obesiti yang boleh mencetuskan masalah penyakit jantung ini.

Makanan yang patut dikurangkan atau dielakkan terus:
  • Makanan berlemak dan berkolestrol tinggi
  • Makanan bergoreng
  • Makanan dan minuman yang tinggi gula - Diabetes akan mempercepat dan meningkatkan risiko serangan jantung.
  • Elakkan makan secara berlebihan
2) Gaya hidup Tak Sihat

Mereka yang hanya tahu makan, tidur dan tidak suka melakukan aktiviti fizikal yang mengeluarkan peluh mudah terdedah kepada penyakit jantung.

Selain itu, tekanan (stress) juga boleh menaikkan tekanan darah dalam badan dan boleh menyebabkan pembuluh darah menjadi kaku dan memberi kesan kepada jantung secara tidak langsung.


3) Faktor Keturunan

Faktor keturunan turut memainkan peranan dalam penyakit jantung ini namun kita mampu mencegahnya lebih awal dengan mengamalkan cara hidup yang sihat. 

TANDA SAKIT JANTUNG

Secara ringkasnya, antara tanda-tanda anda mungkin terkena serangan sakit jantung adalah seperti:

  • Sakit dada ketika melakukan aktiviti kecergasan seperti berjalan laju, bermain bola, naik turun tangga dan sebagainya.
  • Cepat penat, sentiasa termengah-mengah, lelah atau batuk yang berlebihan. 
  • Merasa letih, lesu dan mudah pitam. Anda dapat merasakan denyutan jantung anda bergerak dengan laju dan anda mudah berpeluh

BILA ANDA PERLU BERJUMPA DOKTOR?

  • Bila anda berumur 40 tahun dan ke atas
  • Bila anda mempunyai lebih dari 1 risiko sakit jantung
  • Bila anda mempunyai latar belakang keluarga yang diserang sakit jantung di usia yang muda
  • Sakit yang kuat 
  • Sakit dada bila melakukan aktiviti kecergasan
  • Sakit yang diiringin rasa lemah, mual, mengah, berpeluh, pening atau pitam
  • Bila rasa sakit tersebut menular ke bahu, lengan, rahang atau belakang badan
  • Bila rasa sakit yang dialami lebih teruk dari sebelumnya
  • Sakit yang berterusan selama 15-20 minit
  • Sakit yang berubah sifat seperti sakit yang lebih kerap

SET KESIHATAN JANTUNG SHAKLEE


VIVIX
  • Sejenis antioksidan yang bermanfaat untuk mengekalkan kesihatan dan fungsi jantung seperti melancarakan pengaliran darah dan mempromosi kesihatan salur darah dengan mengurangkan keradangan pada salur darah.
COQ-TROL PLUS
  • Membantu menyihatkan jantung dan sekaligus melancarkan sistem peredaran darah serta meningkatkan tenaga.
OMEGA GUARD
  • Membantu dalam menurunkan tahap kolestrol jahat dalam darah dan membantu melancarkan peredaran darah. Kesannya jantung menjadi semakin sihat kerana tidak terbeban.
PHYTOCOL-ST
  • Menghalang kolestrol jahat masuk ke dalam salur darah yang boleh menyebabkan tersumbatnya salur darah.


Untuk details dan pesanan, boleh hubungi saya:

WANIE RUSLI | 017-9445430
WANIE RUSLi | 017-9445430
WANIE RUSLI | 017-9445430

Wanie Rusli Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign