Wanie Rusli: 2018

Pages

29 Dec 2018

B-COMPLEX - MANFAAT DAN KELEBIHAN

Assalamu'alaikum WBT dan selamat pagi.

Semoga anda semua sihat dan bahagia sentiasa.
.
.
.
Hari ni terlebih rajin. Sampai 2 entri sekali post.

Rasanya dah ramai yang tahu pasal Shaklee lebih-lebih lagi khasiat B-COMPLEX dari Shaklee ni.

Okay...saya mula consumed B-Complex Shaklee ni sebelum kahwin back in March 2013. Kenapa saya consumed awal? Sebab saya nak siapkan badan saya untuk hamil selepas kahwin nanti. Kita taktau pun bila kita akan hamil kan? Anytime je boleh lekat...jadi baiklah saya ambil langkah awal dengan amalkan B-Complex ni.

Banyak sangat kelebihan dan manfaat B-Complex Shaklee ni untuk tubuh badan kita dan ianya adalah supplement yang sangat berbaloi untuk dimiliki.

Rajah di bawah adalah kelebihan B-Complex secara umum.



B-Complex adalah vitamin yang larut air dan tidak disimpan di dalam badan. Jika berlebihan, ianya akan dikeluarkan melalui air kencing. Sebab tu kita kena consume B-Complex setiap hari. Jika kurang vitamin B dalam badan, kita akan mengalami kesan kekurangan terutama masalah berkaitan saraf dan metabolisma badan.



KESAN KEKURANGAN B-COMPLEX
  • Depresi
  • Murung
  • Imsomnia - gangguan tidur atau susah tidur
  • Kurang selera makan
  • Sembelit
  • Masalah lidah - lidah jadi merah, sakit, bengkak atau kurang deria rasa)
  • Kurang fokus
  • Mudah tersinggung
  • Melemahkan sistem saraf
  • Mengganggu fungsi otak
  • Pembentukan sel yang abnormal
  • Keletihan
  • Lemah daya ingatan
  • Hilang berat badan secara tidak sihat
  • Anemia - sel darah merah atau hB kurang
  • Masalah kulit
  • Sesak nafas





KELEBIHAN B-COMPLEX SHAKLEE
  • Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
  • Mengelakkan penyakit beri-beri.
  • Merangsang pertumbuhan kanak-kanak.
  • Membantu untuk pertumbuhan kulit, kuku dan rambut yang sihat.
  • Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf (sakit-sakit urat dan rasa menyucuk-nyucuk).
  • Mencegah stress dan memberikan ketenangan.
  • Menguatkan antibodi tubuh.
  • Amat penting untuk aktiviti sel genetik - sintesis DNA dan sel badan.
  • Mencegah anemia dengan membantu penghasilan sel darah merah.
SIAPA YANG PERLU AMALKAN B-COMPLEX?
  • Wanita yang ingin hamil.
  • Wanita yang sedang mengandung.
  • Wanita yang sedang berpantang.
  • Wanita yang menyusukan badan anaknya.
  • Wanita yang mengambil pil perancang.
  • Mereka yang sibuk dan tertekan dengan bebanan kerja yang banyak.
  • Mereka yang mudah letih dan lesu.
  • Mereka yang ingin menjaga kesihatan dan kecantikan badan.
  • Mereka yang susah fokus ketika bekerja dan belajar.
  • Mereka yang ingin kelihatan cantik dan muda.
  • Mereka yang berpuasa.
  • Mereka yang mempunyai muka berjerawat.
  • Mereka yang mengalami keguguran rambut.
  • Mereka yang ingin mengerjakan haji dan umrah.
  • Penghidap kencing manis.
  • Penghidap migrain.
  • Penghidap ekzema/alahan.
  • Penghidap darah tinggi.
  • Penghidap imsomnia.
  • Penghidap kayap.
  • Penghidap psoriasis.
  • Penghidap hypothiroid.
  • Penghidap slip disc.
  • Penghidap resdung.
Pendek kata, semua orang tanpa mengira jantina, umur dan pekerjaan boleh consume B-COMPLEX ni sebab ianya sesuai untuk kesihatan badan secara menyeluruh.

Sebotol B-COMPLEX ni ada 120 biji dan boleh bertahan sehingga 4 bulan lamanya (jika diambil sebiji sehari lah).

Jangan segan jangan malu untuk PM saya jika anda berminat untuk mencuba B-COMPLEX Shaklee ni.

Dengan izin Allah SWT, asbab consume B-COMPLEX Shaklee ni kesihatan anda akan bertambah baik dan memudahkan serta melancarkan urusan anda sehari-hari. Amin dan InsyaAllah.

Wanie Rusli
017-9445430

RAWAT MIGRAIN DENGAN SET MIGRAIN SHAKLEE

Assalamu'alaikum dan selamat pagi semua.

Semoga anda semua sentiasa berada di bawah rahmat Allah SWT.
.
.
.



Kepala sakit? Pening kepala? Mual? Muntah???
Adoiiii seharian terbaring tak hilang-hilang lagi.



Tak dinafikan sakit kepala yang dihidapi bila migrain menyerang. Sakitnya memang tak tertahan sampaikan pesakit mengambil pelbagi ubat tahan sakit dan jugak panadol untuk menghilangkan kesakitan tersebut.
.
Sampai bila nak makan ubat tahan sakit tu? Ramai maklum bila makan ubat tahan sakit dalam tempoh yang lama akan beri kesan buruk pada kesihatan dan boleh mendatangkan kesan sampingan yang lain. Makan ubat tahan sakit pun cuma kurangkan tahap kesakitan je tanpa merawat punca masalah migrain tersebut.

Habis...kalau tak makan ubat tahan sakit, macam mana nak hilangkan sakit? Nak taknak terpaksalah makan walau tahu akan ada side effects.

Sebab itulah ramai yang cuba cari kaedah alternatif yang lebih selamat untuk mengatasi masalah ini dan salah satunya adalah dengan pengambilan supplement semulajadi seperti SET MIGRAIN SHAKLEE.


APA ITU MIGRAIN?


Migrain (Vascular Headache) adalah salah satu sebab kepada sakit kepala yang menyerang secara berulang dan biasanya berlaku di sebelah bahagian kepala sahaja. Kadang-kadang ia berlaku di sebelah kepala sahaja dan boleh melarat di kedua-dua bahagian kepala.

Umumnya migrain terbahagi kepada 2:
  1. Migrain Biasa - sakit kepala yang menyerang tanpa tanda amaran dan 5x lebih kerap daripada migrain klasik. Migrain jenis ini biasanya lebih kerap dialami oleh kaum wanita.
  2. Migrain Klasik - sakit kepala yang didahului dengan tanda amaran awal atau 'aura'. Aura yang dikenal pasti seperti kilauan cahaya, garisan zigzag, penglihatan berbayang, kebas dan pening. Biasanya sebaik tanda ini hilang, migrain akan mula menyerang. 
GEJALA MIGRAIN

a) Sakit kepala
  • Sakit kepala yang biasanya dialami di sebelah bahagian kepala sahaja dan digambarkan sebagai berdenyut. Kadang-kadang sakit kepala ini boleh dirasai di kedua belah bahagian kepala.
  • Biasanya kesakitan ini berlarutan selama 4 hingga 72 jam dan akan hilang selepas tempoh tersebut.
  • Pesakit biasanya tidak dapat meneruskan aktiviti seharian mereka saat dilanda migrain. Mereka lebih selesa berbaring di dalam bilik yang gelap dan sunyi sehingga kesakitan beransur pulih.
  • Pesakit boleh merasa loya dan muntah. Kebanyakan daripada mereka tidak tahan dengan cahaya yang terang. Menggerakkan kepala juga boleh menyebabkan kesakitan bertambah.
b) Aura

Aura adalah tanda-tanda amaran sebelum sakit kepala menyerang dan biasanya tanda ini akan muncul dalam tempoh  1-15 minit.

Antara contoh aura yang mungkin datang:
  • Aura penglihatan (Visual) - hilang sebahagian penglihatan sementara, kerlipan cahaya seperti zigzag yang merebak sebelum hilang sepenuhnya dari penglihatan.
  • Kebas pada muka, bibir dan tangan.
  • Masalah pertuturan.
  • Lain-lain seperti bau yang terlalu kuat seperti perfume dan perasaan yang aneh.

FAKTOR PENCETUS MIGRAIN
  • Tekanan
  • Pengambilan alkohol
  • Sesetengah jenis makanan seperti coklat, keju, kopi dan teh
  • Tidak cukup tidur
  • Perubahan hormon ketika haid
  • Tabiat merokok
  • Ubat-ubatan - rawatan hormon, sesetengah ubat tidur dan perancang keluarga.
  • Persekitaran - bilik yang berasap rokok, cahaya yang terang, bunyi bising dan bau yang kuat seperti minyak wangi.


Jika anda kerap diserang sakit kepala atau migrain, eloklah anda mendapatkan pemeriksaan daripada doktor yang bertauliah terlebih dahulu untuk mengetahui keadaan kesihatan anda...bimbang sakit kepala yang dianggap biasa ini bertambah buruk dan memudaratkan.

Selain pengambilan ubat tahan sakit, pil serta minyak angin, pengambilan supplement juga disarankan untuk membantu memenuhi keperluan nutrisi badan anda dalam merawat dan mencegah masalah MIGRAIN ini. Pengambilan supplement SHAKLEE juga adalah digalakkan kerana sudah terbukti berkesan dalam mengurang dan menyelesaikan masalah MIGRAIN ini.


SET MIGRAIN SHAKLEE


B-COMPLEX
  • Berfungsi dalam menghasilkan hormon dalam badan dan merangsang mood gembira dan baik.
VIVIX
  • Polifenol sebagai antioksidan yang membaiki sel yang rosak dan bermasalah untuk membolehkan fungsi badan bekerja pada tahap yang optimum.
OMEGA GUARD
  • Membantu mengelakkan keradangan pada salur darah di kepala.
VITAMIN C
  • Membantu dalam meningkatn imunisasi badan dalam pertahanan diri melawan kuman, bakteria dan virus.
OSTEMATRIX
  • Mengandungi magnesium yang membantu mengelak pembuluh darah di kepala menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain.
VITALEA
  • Membekalkan multivitamin yg lengkap dengan 28 jenis multivitamin dan mineral.

Jika anda berminat untuk mencuba SET MIGRAIN SHAKLEE dalam usaha anda merawat masalah MIGRAIN anda, anda bolehlah hubungi saya untuk pesanan.

InsyaAllah saya akan cuba membantu anda dengan cara pemakanan yang betul.
Dengan izin Allah SWT, asbab makan SET MIGRAIN SHAKLEE ni, kesakitan anda dapat dikurangkan dan diselesaikan.
.
.
.
Wanie Rusli
017-9445430

28 Dec 2018

SET RESDUNG SHAKLEE UNTUK RAWATAN PENYAKIT RESDUNG

Kerap bersin di waktu pagi?
Alah pada makanan laut?

Jerawat belakang badan?


Haaa...jaga-jaga sebab tu antara simptom-simptom resdung tau.
.
.
Ramai yang menganggap penyakit RESDUNG ni tak berbahaya walaupun hakikat sebenarnya jika dibiarkan boleh menjadi kronik kerana menyebabkan komplikasi kepada otak dan boleh membawa maut.
.
.
APA ITU RESDUNG?




Maksud RESDUNG atau sinusitis/jangkitan sinus - keradangan pada sinus yang menunjukkan tanda/gejala.

GEJALA RESDUNG:
  • Lendir dari hidung dan tekak
  • Hidung selalu tersumbat
  • Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan di antara mata 
  • Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
  • Sakit kepala
  • Kurang deria bau
  • Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
  • Batuk
  • Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya
Dalam kebanyakan kes, resdung berlaku kerana jangkitan virus. Jangkitan boleh hadir sekiranya gejala bertahan lebih daripada 10 hari jika seseorang menjadi lebih teruk selepas bertambah baik.

Episod berulang lebih cenderung kepada mereka yang menghidap asma, cystic fibriosis dan sistem imunisasi yang lemah.


KEMUDARATAN RESDUNG
  • Jangkitan nanah di kawasan sekeliling mata
  • Jangkitan otak
  • Sakit tekak yang kronik
  • Jangkitan tulang muka
  • Memburukkan keadaan lelah/asma
  • Dengkur yang kronik
  • Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil
  • Alahan hidung
  • Selsema biasa yang melarat

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI RESDUNG:
Punca utama yang menyebabkan bakteria membiak apabila pintu-pintu rongga sinus tersumbat. Ia tersumbat apabila berlakunya:
  • Keradangan pada hidung yang disebabkan jangkitan kuman dan alergi/alahan - Sekiranya keadaan ini berlaku, dinding hidung akan membengkak dan seterusnya akan menutup pintu sinus.
  • Ketumbuhan atau polip pada hidung.
  • Jangkitan pada gigi geraham atas. Akar umbi gigi geraham atas berada di sinus maxilla. Apabila seseorang mengalami sakit gigi, ia akan menjangkiti akar gigi dan keluar ke sinus. Keadaan ini berlaku sekiranya gigi yang berpenyakit tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya oleh doktor gigi. Ada kalanya dalam proses mencabut gigi, akarnya terpatah dan tertinggal.
  • Genetik. Resdung bukanlah penyakit genetik, tetapi alahan yang diwarisi yang menyebabkan sinusitis itu merupakan genetik.

INDIVIDU BERISIKO
  • Mereka yang alah kepada habuk dan makanan yang menyebabkan hidung mereka tersumbat.
  • Mereka yang mempunyai ketumbuhan dalam hidung.
  • Mereka yang mempunyai kelainan (abnormality) dalam hidung seperti septum dinding pemisah hidung yang bengkok.

KOMPLIKASI

a) Kanak-kanak
  • Resdung di kalangan kanak-kanak menyebabkan ia merebak ke dalam mata, mengakibatkan jangkitan sellulitis dan nanah mata. Sekiranya ia dibiarkan, ia boleh menyebabkan mata menjadi buta.
b) Dewasa
  • Bagi orang dewasa, nanah dari sinus frontal tidak dapat keluar dari hidung dan akan masuk memenuhi ruang dalam otak. Dinding pemisah ini menjadi semakin tebal dan sinus frontal telah terbentuk dengan sempurna.

SET RESDUNG SHAKLEE SEBAGAI RAWATAN PENYAKIT RESDUNG



ALFALFA

  • Mengurangkan tahap keradangan penyakit resdung (sinusitis).
  • Mereka yang menghidap SLE tak digalakkan mengambil Alfalfa.
B-COMPLEX
  • Penting untuk pemuliharaan selaput lendir yang sihat dan membantu pengeluaran antibodi badan.
  • Bertindak sebagai anti stress. Apabila resdung menyerang, B Complex akan menjadi penstabil hormon dan penenang semulajadi bagi mengurangkan kesakitan di bahagian muka.
VITAMIN C
  • Berfungsi sebagai antioksida yang unggul dalam meningkatkan antibodi dan daya tahan imuniti seseorang yang menghidapi penyakit.
  • Mempercepatkan proses penyembuhan tisu tubuh.
  • Memastikan proses pemuliharaan metabolisme tubuh berfungsi dengan baik dan sempurna.
NUTRIFERON
  • Imun booster dalam meningkatkan antioksida dalam melawan resdung dengan lebih hebat.
VIVIX
  • Polifenol sebagai antioksidan yang membaiki sel-sel tubuh hingga ke peringkat DNA.
GARLIC COMPLEX
  • Sebagai antibiotik semulajadi yang selamat dan sangat bagus untuk mempertingkat sistem keimunan badan.


Yang ada masalah resdung tu bolehlah ikhtiar dengan SET RESDUNG SHAKLEE ni.
InsyaAllah bila antibodi badan pada tahap yang optimum, penyakit boleh pulih sebab badan dah cukup nutrisi untuk organ badan berfungsi dengan baik.
.
Produk Shaklee adalah produk semulajadi dan bebas dadah serta bahan kimia berbahaya.
.
Sama-sama kita ikhtiar untuk menyembuhkannya. Mana tau asbab makan SET RESDUNG SHAKLEE, masalah RESDUNG anda kembali pulih dengan izin ALLAH SWT.
.
.
.
Wanie Rusli
017-9445430



27 Jul 2018

KHASIAT ALFALFA SHAKLEE

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera.
Didoakan anda yang membaca post ini sentiasa di bawah lindungan Allah SWT.
.
.
.
**Entri ni khas untuk bacaan orang perempuan aje tau terutamanya para isteri dan yang bakal jadi isteri. Yang lelaki kalau nak baca pun boleh tapi pastikan korang dah kawen ok.

Okay...masa mula-mula dapat tau pasal Shaklee ni, saya tak heran pun. Nak makan lagilah. Buat dunno je.

Then bila google, selalulah nampak orang duk asyik post pasal Shaklee ni.
Amendalah Shaklee ni kan?

Sekali bila google, mata saya ni terbaca in details pasal ALFALFA ni.



Yang paling menangkap mata saya - Alfalfa ni fungsi dia sama macam KACIP FATIMAH dan mampu merawat masalah KEPUTIHAN.
Ehm....macam wajib cuba je ni.

Keputihan normal boleh jadi masalah yang lebih serius jika tidak dirawat
Kalau nak tahu, KEPUTIHAN ni masalah sinonim orang perempuan.
Masa belum kawen memang tak heran pun dengan KEPUTIHAN ni tapi bila dah kawen...automatik akan rasa bimbang dan risau.

Yelah, bila dah kawen nanti suami pun tau. Malulah...
Nak bersama dengan suami pun rasa tak selesa sebab ada lelehan kan.



Saya pun ada masalah keputihan jugak. Masih dalam fasa normal tapi still rasa tak selesa sebab selalu kena pakai pantiliners. Setiap kali nak solat, kena tukar pantiliners. Leceh...

Once saya konsisten amalkan ALFALFA setiap hari tanpa gagal, Alhamdulillah keputihan is totally gone. Serius memang hilang terus.
Perasaan waktu tu Allah je tau. Memang sangat happy. Rasa nak melompat2 & bagitau semua orang "oiiii keputihan aku dah hilang. Yeayyyyy..."

Saya dah tak payah pakai pantiliners sepanjang masa. Nak solat pun jadi mudah. Duit pun jimat sebab dah takyah beli stok pantiliners dah. Kalau tak, setiap minggu kena gi kedai beli. Double yeay...
.
.
.




Lepas bersalinkan anak pertama Umar Sufi 4 tahun lepas, saya memang makan ALFALFA sejak dalam pantang sampailah sekarang.

Pernah dengar tak...lepas bersalin normal, vagina kita akan sedikit longgar.
Nak bersama suami lepas habis pantang pun dah tak syok. Faham-faham ajelah bila vagina dah longgar ni.

Tapi tapi tapi...

Alhamdulillah saya tak lalui semua tu asbab makan ALFALFA ni. Suami pun puji sama macam sebelum bersalin. Kata dia sama macam malam pertama....hahaha. Ai is malu bila dia cakap macam tu.

Fungsi ALFALFA ni sama macam kacip fatimah lah. Merapatkan. :)

Satu lagi kelebihan untuk para isteri ni...ALFALFA ni membantu meningkatkan pelincir semasa bersama suami. 
Kelebihan untuk lelaki pulak - dapat tingkatkan stamina untuk bersama. Jadi taklah mudah pancit & halfway.




Meh saya listkan antara KELEBIHAN & MANFAAT Alfalfa ni:


  • Mencuci hati, darah dan usus – Alfalfa adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, mengeluarkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit serta otot.
  • Melawan alahan – Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air (athlete’s foot) dengan berkesan.
  • Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut – Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperasiditi, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.
  • Menyingkirkan lemak dan kolesterol – kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya Alfalfa sahaja mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolesterol.
  • Melawan tumor – Memakan 30-50 tablet untuk mengalkalikan badan, dengan itu memperbaiki sel-sel kanser dan membuang tumor
  • Melegakan keletihan – Melegakan keletihan dan sebagai rawatan kepada kebanyakan penyakit
  • Mencegah/ merawat atritis – Melegakan sakit atritis dan kesakitan


Lain-lain Kelebihan dan Kebaikan Alfalfa Shaklee

  • Membantu Melegakan masalah sembelit
  • Legakan sakit-sakit sendi dan belakang
  • Meningkatkan stamina lelaki
  • Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  • Milk booster
  • Memulihkan urat selepas bersalin.
  • Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri.
  • Membesar dan menegangkan payudara.
  • Membantu masalah keputihan pada wanita.
  • Meneutralkan asid dalam badan
  • Membantu mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
  • Membantu membuang angin dalam badan
  • Mencuci usus bagi membuang toksik
  • Membantu Merawat athma
  • Membantu Merawat arthitis
  • Memberi kelegaan semasa period
  • Membantu hilangkan kelesuan & tekanan

Untuk order dan pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya di 017-9445430 (Whatsapp / Telegram / SMS)

6 Jul 2018

BREASTFEEDING JOURNEY

Hallooooo...ke mana menghilang hari ni?
.
Ada je ni ha cuma tak sempat nak jenguk sebab busy dari pagi.
.
Ni free sikit sebab tengah pam susu for the 2nd session.
.
.
.
Eh...rajinnya pam susu. Berapa kali sehari pam?
"3x sehari je pam. Nak maintain susu cukup untuk anak, memanglah kena rajin pam. Iols kan kerja,"


Kenapa tak bagi FM je? Kan lagi senang.
"Eh eh...dah boleh BF, kenapa nak bagi FM pulak? BF tinggal nak sua je pada anak. Ready-made..."


Nanti tak cukup tidur pulak anak asyik nak menyusu.
"Habis kalau anak minum FM, dia bangun bancuh sendiri ke?"


Tak sakit badan ke?
"Tak jadi BF mom pun, badan sakit-sakit jugak"


Ada je ibu-ibu kat luar sana yang lagi suka bagi FM pada anak masing-masing.
Terpulang sebab ibu-ibu sendiri tahu apa yang terbaik buat anak.
.
As for me, saya pilih untuk BF my baby Aisyah sampai cukup umur 2 tahun. Nampak mudah tapi its more challenging.
.
Sepanjang 2 tahun ni, saya perlu pastikan:

  • Konsep "supply & demand" terjaga.
  • Banyakkan minum air masak.
  • Jangan stress sebab hormon stress akan effect milk production.
  • Ikut jadual mengepam semasa bekerja.
  • Paling penting...supplement WAJIB ambil untuk topup mana-mana nutrisi yang kurang dalam my body & untuk salurkan nutrisi terbaik for my baby for her growth & development. Semestinya saya amalkan SET MENYUSU SHAKLEE.
Kesannya?
  • Of course la susu makin banyak. Banyak di sini bermaksud susu mencukupi untuk keperluan seharian Aisyah.
  • Boleh buat stock EBM yang cukup.
  • Badan tak mudah penat. Maklumlah saya ni ibu kepada 2 orang anak (4yo active toddler & 11mo active baby) yang bekerja from 8-5. Balik kerja, penat kat office tak hilang lagi dah sambung kerja-kerja kat rumah pulak. Alhamdulillah susah nak penat.
  • Tidur malam yang berkualiti walaupun anak bangun nak menyusu.
  • Bangun pagi dalam keadaan fresh dan badan rasa ringan.
  • Membuang tanpa gagal setiap hari.
  • Kulit tak kusam walaupun tak cukup tidur.
  • No more sakit pinggang & belakang.
  • Stress-free walaupun tanggungjawab & komitmen banyak.
Apa ada dalam SET MENYUSU SHAKLEE ni?



ENERGISING SOY PROTEIN (ESP)
  • Minuman protein soya yang membantu memberi tenaga segera untuk ibu menyusu dan memekatkan susu.
  • Anak lebih cepat kenyang dan tidur lebih lena. ESP juga membantu ibu untuk kenyang lebih lama.

VITALEA
  • Membekalkan multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral kepada ibu dan anak.
  • Zat besi dalam Vitalea dapat membantu ibu menambah zat besi kerana kebiasaannya ibu mengandung dan menyusu akan kehilangan zat besi.
B-COMPLEX
  • Lengkap dengan 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh demi membantu badan lebih bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah lebih berseri.
  • Mengurangkan stress.
OSTEMATRIX
  • Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia.
  • Membantu untuk tidur lebih lena.
ALFALFA COMPLEX
  • Sebagai milkbooster untuk meningkatkan pengeluaran susu sepanjang tempoh penyusuan.
VITAMIN C
  • Antioksidan yang membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan anak.
  • Menjadikan kulit lebih cantik dan berseri.
  • Membantu dalam penyerapan zat besi.
OMEGA GUARD
  • Menambha DHA untuk perkembangan otak bayi.
  • Mengekalkan kuantiti DHA untuk diri ibu sendiri.

Tak semua ibu dikurniakan susu yang mencukupi untuk bayi mereka. Ada yang bayi masih dalam hari lagi terpaksa bagi susu tepung. Ibu mana yang sampai hati nak biarkan bayi mereka berlapar.

InsyaAllah dengan SET MENYUSU SHAKLEE ni akan dapat membantu ibu-ibu menyusu selesaikan masalah penyusuan mereka.

Kita berusaha yang terbaik untuk bayi kita. Selebihnya kita serahkan pada Allah SWT. Di samping berusaha, jangan lupa berdoa dan tawakal ye ibu-ibu. InsyaAllah Allah nampak usaha ibu-ibu nak fully breastfeed our babies.

Wanie Rusli | 017-9445430

29 Jun 2018

DETOKS : CUCI USUS, CUCI HATI



Korang nak tau tak? 2 supplements ni sangat powerful tau.
.
.
Pernah tak lepas korang membuang, rasa macam tak puas aje. Padahal rasa dah banyak yang keluar.
.

Haaaa...sebenarnya bila kita membuang tu kan, tak semua najis tu keluar tau.
Ada lagi kerak-kerak najis yang terlekat kat dinding usus tu.
Sebab tu ada yang rasa macam tak puas je berak.
Haa sebab ni la. Tak semua najis tu keluar. Ada yang sangkut-sangkut.
.
Jadi HERBLAX ni tolong flush out semua najis yang masih bersisa dalam usus besar kita tu. 

Korang boleh bayang betapa bestnya rasa usus kita tu lepas ambik HERBLAX. Clear je usus kita tu.
Yang bersawang lama-lama kat dalam tu terus keluar habis. Licinnnnnn. 
.
Sah-sah takde penyakit berkaitan usus datang menempel kan. Fuhhh...legaaaa.
.
.
.

DTX COMPLEX pulak?
.
Ni untuk detoks hati.


.
Korang pernah tak tahan berak sebab tengah travel atau tengah cari tandas bersih tapi tak jumpa-jumpa. Nak taknak kena tahanlah sekejap kan...
.
Lepas beberapa ketika duk menahan tu, dah takde rasa nak membuang.
Dah reverse balik dah.
.
Tapi jangan stop di situ. Teruskan membuang jugak tau bila dah jumpa toilet yang berkenan di hati tu.
.
Kenapa kena membuang jugak?
Sebab toksin dari najis tadi dah masuk balik ke usus kecil. Kan patah balik tadi? Then hati kitalah yang kena buat kerja tapis toksin dari najis yang patah balik tadi tu.


.
Sebab tu hati ni kerja keras. Kesian hati. Jadi nak taknak kenalah dibersihkan. 
.
Bayangkan hati kita tu tanggung beban yang banyak. Then korang ambik pulak DTX Complex. Pergh! Seronok giler hati korang tu sebab akhirnya akan dibershkan dari segala jenis toksin tu.
.
Bersih cantik semuaa. Sebab dah buang segala beban bertan-tan pada dia bila guna DTX Complex ni.
.
.
.
Korang akan bantu menyihatkan usus besar dan hati korang balik bila ambik HERBLAX & DTX COMPLEX ni.
.
.
.
Bila last korang bersihkan 2 organ detoks ni? Ke tak pernah?
Baik bersihkan sekarang sebelum dapat kanser usus mahupon kanser hati tau.
.
Kanser ni jadi disebabkan bertahun-tahun badan kita tak flushed out semua toksin tu.. Bukan sehari ye. 2 organ kita ni struggle everyday tau.
.
Biar diorang mandi jugak. 
Korang pon kalau tak mandi dan bersihkan diri pon rasa rimaskan. Diorang pon samalah. Mandi diorang dengan cara ambik HERBLAX & DTX Complex ni.

Jom dapatkan HERBLAX & DTX COMPLEX ni sekarang.
.
.
.
Wanie Rusli | 017-9445430

23 Apr 2018

ESP - KAITAN PROTEIN DAN GULA

Kita suka benda manis? Bila jadi macm ni, maksudnya kita perlukan protein lebih. 

Eh...ada kaitan ke antara dua ni?
.
.
Makanan tinggi gula, bukan je boleh menyumbang kepada masalah Kencing Manis atau Diabetes tapi jugak boleh menyebabkan banyak masalah kesihatan yang lain.
.
Kiranya gula ni lebih2 lagi gula putih dah macam door opener untuk kita dapat penyakit2 lain.
.
Korang tau je la kesedaran tentang bahayanya gula putih ni masih di tahap "sekolah tadika" lagi di kalangan rakyat Malaysia.
.
.
Mesti ramai yang marah bila saya cakap tahap kesedaran tu macam budak sekolah tadika tapi itulah realitinya.
.
.
Kalau tak, takkanlah boleh timbul macam-macam hidangan makanan hipstur yang tinggi gula.
.
.
.
Milo kepal lah, eskrem kapal lah, dessert yang macam-macam gaya nak tarik perhatian pembeli memang overloaded dengan gula.
.
Letak milo, coklat lagi, susu pekat lagi, tambah pulak dengan hirisan coklat. Perghh memang tahap potong kakilah manis dia tu.
.
.
Nak tahu kenapa orang yang suka makan benda-benda manis ni perlukan protein lebih?

Ceritanya macam ni. Bila makan manis, peningkatan gula dalam darah jadi tinggi.

Ini akan mempengaruhi fungsi jantung dan menyebabkan keradangan dalam badan. Keradangan ni maknanya mereputla dari dalam.
.
.
Jadi macam mana protein membantu dalam hal ni?

Bila ambil lebih protein, ia akan membantu dari segi:

  1. Menstabilkan paras gula dalam darah
  2. Membantu mengurangkan keradangan dan paras kolestrol dan kepekatan insulin.


Jadi saya nak share protein yang saya ambik. Macam dalam gambar nilah. ESP!



Cara paling mudah amik serbuk protein lah. Tapi pastikan pilih sumber protein yang betul dan terbaik. Tanpa kolesterol, dari bahan non GMO, tanpa gula tambahan.

Memang inilah penyelamat kita dari ambik benda manis berlebihan. Nak cuba? 

Sekarang ada promosi ESP...BELI 6 TONG ESP dapat:

  • FREE MEMBERSHIP
  • FREE POSTAGE
  • FREE EVOUCHER RM50 (boleh guna untuk next purchase)


Wanie Rusli | 017-9445430
Shaklee Independent Distributor


Rujukan:

2. Dong, J., Zhang, Z., Wang, P., & Qin, L. (2013). Effects of high-protein diets on body weight, glycaemic control, blood lipids and blood pressure in type 2 diabetes: Meta-analysis of randomised controlled trials. British Journal of Nutrition, 110(5), 781-789. doi:10.1017/S0007114513002055

2. Barbara Parker, Manny Noakes, Natalie Luscombe, Peter Clifton. (2002). Effect of a High-Protein, High–Monounsaturated Fat Weight Loss Diet on Glycemic
Control and Lipid Levels in Type 2 Diabetes. Diabetes Care Mar 2002, 25 (3) 425-430.

12 Apr 2018

ESP - PROTEIN POWDER TERBAIK

Nak cari PROTEIN POWDER tapi tak tahu ciri-ciri yang terbaik?
.
.
Meh saya kongsikan apa yang perlu diambil kira.
.
.

Zaman sekarang ni kita asyik busy aje dengan kerja kerana nak menyara kehidupan.
Tahap busy tu sampai asyik skip mela je...skip breakfast lah, skip lunch lah, skip dinner lagi. 
.
.
Jadi nak bagi mudah, nak bagi cukup makan sel-sel korang tu, maka ambillah protein powder. Tapi ambil bukan sebarang ambil tau, kene memilih sikit la kualitinya. 

Mana yang bagus? 

  1. Tiada gula tambahan - Ambil protein powder boleh pastikan korang tak ambik kalori berlebihan dan kekalkan gula dalam darah yang baik. 
  2. Rendah Glisemik Index(GI) - GI yang tinggi boleh sebabkan bacaan gula dalam darah jadi tinggi. Kesannya korang akan mudah penat dan tahap kebulur korang tu macam tak makan setahun. GI rendah boleh beri rasa kenyang yang lama tau.
  3. Cukup dengan 9 asid amino perlu - Apa ke benda pulak asid amino ni? Ok...Asid amino ni sel paling ringkas dalam badan. Asid amino ni jugak adalah asas kepada protein. Since sel-sel kita terdiri daripada asid amino, makanya kita perlu bagi "makanan" yang sama jenis dengan asid amino supaya badan berfungsi pada tahap yang optimum. Asid amino ni umpama batu bata nak buat rumahlah. Adanya asid amino sistem badan berfungsi dengan baik. 
  4. Non-GMO - Femes dah bab Non-GMO ni. Untuk yang tak tau meh nak kasi tau. Genetically Modified  Organism (GMO) ni tumbuhan, haiwan dan sebarang mikroorganisma yang dah diubah suai genetiknya. Buah bermusim dah jadi buah sepanjang tahun. Gitu lah contohnya. Dan ia akan beri masalah kesihatan dalm jangka masa panjang. Pilihlah yang Non-GMO sebab selamat dan berkhasiat, nutrientnya pun cam terbaik.
  5. Rendah lemak - Sebenarnya cara nak pilih protein powder terbaik di pasaran adalah pilih protein powder yang kurang daripada 3g untuk setiap 100g protein powder. Dengan itu, bolehlah korang kekalkan mass otot dan kolesterol level.
  6. Pilih berasaskan soya - Sesuai untuk semua orang termasuk yang lactose intolerance sebab 100% berasaskan tumbuhan dan sesuai untuk vegans. Pengambilan protein soya berterusan boleh membantu mengawal menopouse sindrom bagi wanita.


Nak cari yang setanding dengan kualiti yang disebutkan? ESP lah jawapannya.


.
.
Boleh contact saya sekarang untuk pesanan. Since bulan ni PROMO ESP, rugi kalau tak grab 6 TONG terus:

  • FREE eVOUCHER (RM50)
  • FREE POSTAGE (RM10)
  • FREE MEMBERSHIP (RM69.90) 


Wanie Rusli | 017-9445430

2 Apr 2018

BENGKAK SUSU

Actually Selasa tengah malam 13/3 tu dah rasa sengal-sengal and ngilu area breast & nipple.
.
.
Ni kali kedua jadi. Kali pertama masa awal bulan 3 hari tu. Kebetulan masa 1st time kena tu pun tengah malam jugak. Jadi Sabtu esoknya bagi Aisyah menyusu kerap. Alhamdulillah bengkak cepat surut.
.

.
Kali kedua ni jadi time weekdays.
Rabu 14/3 esoknya tu kerja jadi terpaksalah pam walaupun breast & nipple sakit.
.

.
Kebetulan Rabu tu Mak jaga Aisyah jadi waktu rehat tu Ummi balik nak bawak abang Umar ke office.
.
Sampai rumah tengok Aisyah dah tidur.
Terpaksalah tunggu dia bangun untuk bagi dia susu.
.
Alhamdulillah Aisyah tidur sekejap je jadi sempatlah Ummi susukan dia. Ya Allah perasaan masa ni...Allah je tahu betapa Ummi tahan sakit, pedih & ngilu yang amat.
.
Demi nak hilangkan bengkak susu, Ummi perlu susukan Aisyah. Cara terbaik nak kosongkan breast adalah dengan bagi baby menyusu sekerap mungkin berbanding kosongkan dengan pam.
.
Tapi Aisyah hisap sikit je sebab dia masih kenyang.
.
Sampai office, Ummi kena pam susu sebab breast dah bengkak & lagilah bertambah sakit. Huhuhu...
.
.
.
.
Malam tu, mak pesan kalau sakit lagi, pergilah klinik esoknya.
Bengkak susu ni boleh bawak ke demam & sakit urat. Mak cakap.
.
Esoknya Khamis 15/3 pergi klinik panel.
Bila doctor tanya kenapa, saya jawab breast & nipple sakit. Belah kiri.
.
Doc suh baring. Nak check breats. Doc picit nipple & dia cakap yes bengkak susu. Nipple pun ada nanah sikit tapi tak bahaya for baby.
.
Then doc prescribed antibiotik untuk hilangkan nanah tu & ubat tahan sakit.
.
.
.
Lupa pulak nak cerita. Rabu malam tu, iols makan OMEGAGUARD SHAKLEE nak hilangkan bengkak & sakit tu.
.
Amazingly bila bangun pagi Khamis tu, bengkak dah surut & dah tak berapa sakit tapi bengkak susu tu still ada lagi. Area yang bernanah pun dah mengecil.





Doc cakap bengkak susu ni boleh bawak demam. Doc pun pelik macam mana boleh bengkak susu sedangkan baby DF & pam.
.
Doc ajar cara urut breast untuk surutkan bengkak.

.
Balik dari klinik, terus telan ubat lepas siap makan nasi.
.
Saya ni jenis yang tak berapa nak makan antibitok tapi since nipple dah bernanah terpaksalah makan.
Doc suh habiskan antibiotik tu tapi saya tak habiskan pun. Sempat makan dalam 4 biji je itupun saya makan sebiji sehari. Sepatutnya kena makan 2 biji sehari.
.
.
.
Alhamdulillah so far so good. Lepas seminggu jumpa doc, telan ubat & supplements, sakit dah hilang. Yang bestnya bila Aisyah menyusu dah tak sakit. Yeaaaaayyyyy.

Wanie Rusli Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign