Wanie Rusli: October 2016

Pages

29 Oct 2016

TESTIMONI MEREKA YANG BERJAYA HAMIL DENGAN SET KESUBURAN SHAKLEE

Assalamu'alaikum wbt...
Saya doakan anda semua kaya dan berjaya di dunia & akhirat.
===============================================

Okay...hari ni saya rasa nak kongsi dengan anda semua segala testimoni mereka-mereka yang dah berjaya hamil dengan Set Kesuburan Shaklee ni.

Semua wanita yang bergelar isteri menantikan moment ni

Allah SWT suruh kita berusaha jadi pengambilan Set Kesuburan Shaklee ni adalah salah satu usaha kita untuk hamil.

Bagi saya, testimoni mereka yang dah berjaya hamil asbab dengan SET KESUBURAN SHAKLEE ni perlu dikongsi dengan publics so that lagi ramai yang akan mempercayai keberkesanan Set Kesuburan Shaklee ni.

Set Kesuburan Shaklee yang lengkap untuk suami isteri

Saya dulu pun sebelum nak consumed Shaklee ni, saya study dan buat sedikit research about it. Yelah...pertama kali nak cuba produk Shaklee kan jadi kenalah tahu pasal produk tu, jenama Shaklee tu sendiri, review orang ramai tentang Shaklee...dan ternyata pencarian saya berbaloi.

At least kita dapat gambaran how the products work. 

Sebelum consumed any supplement, for me better we make a research supaya kita tak membabi buta percaya bulat-bulat apa yang orang cakap.

Bila dah faham & dah buat pertimbangan, now it's time to choose the right one. Saya pilih Shaklee sebab ianya SELAMAT, HALAL & SEMULAJADI.

Since saya pun dah rasa kesannya, kenapa tidak saya berkongsi dengan anda semua testimoni-testimoni mereka yang dah berjaya hamil dengan Set Kesuburan Shaklee ni.

1) Mereka yang mengalami masalah PERIOD TAK TERATUR & BERJAYA 
HAMIL

Testimoni 1
Testimoni 2
Testimoni 3

Testimoni 4
Testimoni 5

2) Mereka yang ada masalah PCOS & BERJAYA HAMIL

Testimoni 6
3) Mereka yang ada masalah CYST & BERJAYA HAMIL

Testimoni 7
Testimoni 8

4) Mereka yang ada masalah SENGGUGUT & BERJAYA HAMIL

Testimoni 9
Testimoni 10
5) Mereka yang pernah KEGUGURAN & BERJAYA HAMIL

Testimoni 11
6) Mereka yang mahu MENAMBAH BILANGAN ANAK kerana jarak kehamilan terdahulu terlalu lama & BERJAYA HAMIL

Testimoni 12


Alhamdulillah, asbab pengambilan SET KESUBURAN SHAKLEE secara konsisten dan doa, usaha serta tawakal kepada Allah SWT, ramai yang dah berjaya hamil dan menimang cahaya mata.

Tiada sebab untuk kita malas nak berusaha untuk cuba hamil.

Betul Allah sebaik-baik Perancang tapi itu tak bermakna kita hanya menunggu tanpa usaha.

Jika sekian lama anda dah ikhtiar dengan pelbagai cara tanpa jemu, why not anda cuba Set Kesuburan Shaklee ini.

Pemakanan supplement seperti Set Kesuburan Shaklee ni perlulah dilakukan secara konsisten dan berjemaah antara suami isteri.

Nak hamil, perlukan badan yang sihat supaya anak yang bakal dikandung InsyaAllah sihat dan jauh dari segala penyakit.

Jangan malu jangan segan untuk hubungi saya jika anda mahu mencuba Set Kesuburan Shaklee ni. Selain meningkatkan kesuburan dan peluang untuk hamil, anda juga boleh dapat effect lain juga macam cantik dan kurus. Next entri nanti saya kongsikan Kesan Sampingan Set Kesuburan Shaklee ini.

Do PM me ok...

Wanie Rusli | 017-9445430
Your Trusted Shaklee Independant Distributor

22 Oct 2016

PERIOD TIDAK TERATUR PENYEBAB SUKAR HAMIL

Assalamu'alaikum WBT...
Saya doakan anda yang membaca entri ini sihat dan bahagia sentiasa...ameen.
=================================

Bila first period anda semua?
Ada yang seawal umur 9 tahun dah period.
Ada yang lewat...umur 17 baru period.

Tahu tak...period juga boleh dikaitkan dengan masalah kesuburan.

Jangan ingat bila kita period setiap bulan bermaksud kita dah boleh mengandung tau.

Ada yang 2 3 bulan sekali, period baru datang.
Tapi bila period, sehari dua dah habis. Normal ke tu?

Ada pulak yang jenis bila period je, lebih dari 15 hari masih non-stop. Bahaya ke?

Haaa...yang nilah saya nak cerita.

PERIOD TAK TERATUR??? JANGAN AMBIL MUDAH

"Ala...dah memang dari dulu macam tu, normallah tu"

Haaa...anda silap.

Salah satu kaedah mengira bila ovulasi akan berlaku

Ramai orang terutamanya kaum perempuan tak ambil pusing sangat bab period yang tak teratur (irregular period) ni. Lebih-lebih yang masih bujang.

Kitar haid yang tak teratur/tetap ni akan menyukarkan pengiraan tarikh ovulasi.

Suami isteri yang behajat mahu mendapatkan cahayamata perlu tahu dengan tepat bila ovulasi akan berlaku kerana ovum akan dibebaskan pada ketika itu dan bersedia untuk bersenyawa dengan sperm.

Jadi sila bayangkan bagaimana persenyawaan akan berlaku jika kita tidak tahu bila ovulasi itu akan terjadi. Sperms dan ovum yang dikeluarkan hanyalah sia-sia.

Kebanyakannya, bila dah kahwin dan sukar hamil, baru tahu yang mereka sebenarnya ada masalah kesuburan.

MENGAPA PERIOD TIDAK TERATUR???

Jom...saya kongsikan kepada anda punca kepada permasalahan period tidak teratur ni.

  1. KEGEMUKAN / OBESITI mengakibatkan hormon ESTROGEN dalam badan tidak seimbang dan mengganggu kitaran haid wanita.
  2. HORMON PROLAKTIN YANG BERLEBIHAN menghalang pengeluaran ovum/telur dan kesannya-haid akan lewat untuk berbulan-bulan lamanya. Hal ini memberi kesan kepada ovulasi dan kitar haid. Biasanya ibu yang Fully Breastfeed susah untuk hamil kerana hormon prolaktin yang tinggi menghalang FSH & GH. Kedua-dua hormon ini bertanggungjawap menolong tumbesaran telur dalam ovari.
  3. MENOPAUS biasanya berlaku kepada wanita yg berusia lewat 40-an. Menopaus menyebabkan pengeluaran haid semakin sedikit dan jarang-jarang berlaku. Namun, proses menopaus boleh berlaku seawal usia 30an jika badan kekurangan nutrisi, terlalu kurus atau tidak bersenam. Jadi, amalkanlah diet pemakanan serta cara hidup yang sihat & seimbang bagi mengelakkan menopaus berlaku terrlalu awal.
  4. PENCEGAH KEHAMILAN - penggunaan/pengambilan pil perancang atau alat pencegah kehamilan kebiasaannya memang akan mencegah kehamilan daripada berlaku.
  5. TEKANAN atau stress yang melampau turut menjadi faktor mengapa sukar hamil. Kehidupan dan gaya hidup masa kini yang terlalu hectic menyebabkan bukan sahaja tubuh badan yang tertekan malahan mental juga turut tertekan. Hal ini akan mempengaruhi hormon dan seterusnya kitaran haid.
ADA KESAN KE BILA PERIOD TAK TERATUR?

Apabila sistem badan tidak berfungsi dengan normal, sudah tentu operasi tubuh badan akan mengalami gangguan dan akan memberi kesan negatif kepada individu tersebut.

UPT Negative (ini bukan saya punya ye)

Antara kesan yang boleh dirasai oleh mereka yang mengalami masalah period yang tidak teratur atau tetap ini adalah seperti yang dijelaskan di bawah:


  1. KEMANDULAN Period yang tidak teratur boleh mengakibatkan masalah yang serius. Lewat untuk mendapatkan rawatan boleh memburukkan keadaan dan seterusnya organ dan sistem peranakan wanita. Contoh - Masalah cyst yang kronik pada tiub Fallopio boleh menyebabkan tiub Fallopio tersebut terpaksa dibuang.
  2. SUSAH UNTUK HAMIL - Masalah period yang tidak teratur ini boleh mengganggu tahap kesuburan sesorang wanita dan mengakibatkan peluang untuk hamil menjadi rendah dan sukar.
  3. MASALAH KESIHATAN SEPERTI ANEMIA - Ada sesetengah wanita mengalami haid yang berpanjangan sehingga sebulan atau lebih lama lagi. Masalah seperti ini boleh mengundang masalah kesihatan yang lain seperti Anemia kerana badan kehilangan darah yang banyak akibat haid yang berpanjangan ini. Individu yang mengalaminya akan mudah penat dan pengsan kerana badan kekurangan sel darah merah yang mengangkut oksigen ke seluruh badan.
BAGAIMANA MERAWAT MASALAH PERIOD TAK TERATUR?

Bila kita ada kawan-kawan yang mengalami masalah period tak teratur ni tapi mereka tak tahu nak buat apa, why not kita sarankan mereka berjumpa doktor terlebih dahulu so that kita tahu penyebab utama kepada masalah yang mereka alami tu.

Bila dah tahu punca sebenar, senanglah  nak ambil langkah susulan yang tepat. Sesetengah masalah seperti uterine fibroid, PCOS, imperforate hymen dan Asherman’s syndrome memang memerlukan rawatan perubatan daripada pakar untuk memperbetulkan keadaan.

Tips di bawah ini boleh dilakukan oleh mereka yang mempunyai masalah yang tidak serius:
  1. Jaga pemakanan dan diet seimbang
  2. Kawal berat badan - Elakkan penambahan atau penurunan berat badan secara mendadak.
  3. Amalkan gaya hidup sihat - rajin melakukan senaman tetapi elakkan senaman melampau yang boleh mengakibatkan kecederaan kepada badan.
  4. Elakkan tekanan/stress yang melampau.
  5. Pengambilan ubat mengikut jadual dan dose yang ditetapkan doktor.
  6. Pengambilan makanan tambahan (supplement) berasaskan gamma linolenic acid (GLA) – GLA dapat membantu menstabilkan dan memperbaiki paras hormon dalam badan dan seterusnya menggalakkan haid berjalan lancar.


GLA COMPLEX - MENYELESAIKAN MASALAH PERIOD TAK TERATUR

GLA Complex 3 kali ganda lebih berkesan berbanding supplement EPO.
Ramai yang dah sedia maklum, GLA Complex dari Shaklee memang terkenal dalam meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita.

Bagaimana GLA Complex boleh membantu memperbaiki masalah period yang tidak teratur ini dan melancarkan haid?

GLA Complexc kaya dengan asid lemak Omega 6. Asid lemak ini diperlukan oleh tubuh wanita untuk merawat masalah period yang tidak teratur ini.

Manfaat utama pengambilan GLA Complex ialah:

  • Mengawalselia hormon estrogen dan testosteron. GLA membentuk prostaglandin untuk mengawalselia hormon lelaki dan wanita. GLA juga memperbaiki simptom PMS seperti abdominal cramp, mood swing, payudara sakit dan berdenyut.
  • Melambatkan menopause Memperbaiki keadaan menopause seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman, tekanan. Pengambilan jangka panjang melambatkan penuaan, membantu mengetatkan uterus, mengekalkan bentuk uterus dan kulit kelihatan lebih muda.
Fungsi lain GLA Complex:
  • Memperbaiki prostatomegaly
  • Menentang dan melawan kanser
  • Memperbaiki inflamasi kulit
  • Menghalang komplikasi diabetes
  • Menghalang tekanan darah tinggi
  • Memperbaiki tekstur rambut
  • Hiperaktif dan autisme (ADD / ADHD) - dibuktikan secara klinikal bahawa GLA minyak ikan dapat memperbaiki keadaan kanak-kanak autisme, sukar fokus ketika belajar dan hiperaktif. 
GLA Complex ni pun memang dah ada dalam SET LENGKAP KESUBURAN SHAKLEE untuk suami isteri. Bolehlah cuba Set ni ye...


Jangan pernah berputus asa.
Cubalah SET LENGKAP KESUBURAN SHAKLEE yang memang dah terbukti berkesan dalam meningkatkan kesuburan ramai pasangan suami isteri sekaligus meningkatkan peluang untuk hamil.

Supplement adalah ikhtiar kita...sambil-sambil tu jangan lupa minta dengan Allah Yang Maha Kaya & Maha Pemberi Rezeki ye.


Yours Truly,
Wanie Rusli | 017-9445430
Shaklee Independant Distributor

20 Oct 2016

NAK HAMIL? JOM CUBA SET KESUBURAN SHAKLEE SUAMI ISTERI

Semoga kita semua sentiasa di bawah rahmat Allah SWT...
=================================================

“Kau dah pregnant ke?”
“Dah lama kahwin pun masih tak ada isi lagi ke?”
“Bila dah kahwin nanti, aku nak anak dalam 5 orang cukuplah,”
“Anak sulung dah besar, bila nak tambah anak kedua pulak?”


Haaa….pernah tak anda dengar ayat ni?

Biasanya bagi pasangan yang dah lama berkahwin tapi masih belum hamil…memang akan selalu dengar soalan ni.

Sukar/lambat hamil boleh mengundang pergaduhan antara suami isteri

Kalau hati tu tak berapa nak kental, boleh sentap dengan soalan-soalan tu. 
Makan dalam….


Hal berkaitan kesuburan ni…ramai orang pandang remeh je lebih-lebih lagi yang masih bujang.

PERIOD TIAP-TIAP BULAN TU SUBUR KE?
Bagi perempuan bujang, bila period datang tiap-tiap bulan, “Aku suburlah tu”.

MAAF YE ANDA SILAP…

Yang selalu jadi…bila dah kahwin dan lambat pregnant, barulah tahu yang kita sebenarnya ada masalah kesuburan walaupun kita ni period kita tak miss setiap bulan.

TAPI TAPI TAPI….

Jangan ingat kaum wanita je yang ada masalah kesuburan ni tau...

Orang lelaki pun boleh alami masalah yang sama…

TAPI biasalah disebabkan orang perempuan yang hamil, maka masalah berkaitan kesuburan ni sering disalahertikan yang PEREMPUAN PENYEBABNYA.

MASIH BERMINAT NAK TAHU RAHSIA KESUBURAN?
Saya yakin sebab mengapa anda masih di sini kerana anda nak menyelesaikan masalah kesuburan yang membelenggu anda dan pasangan kan? 

Muhammad Umar Sufi...My Little Sonshine (6 bulan masa ni). Sekarang dah 2 tahun 2 bulan.

Dengan mengamalkan SET KESUBURAN SHAKLEE, insyaAllah boleh meningkatkan tahap kesuburan anda dan pasangan.

SET KESUBURAN SHAKLEE ni bukan sahaja bagus untuk isteri, malah suami pun boleh makan sama.
Usaha secara berjemaah itu lebih baik kan?

APA ADA DALAM SET KESUBURAN SHAKLEE NI?
Mesti ramai yang tertanya-tanya apa ada dalam SET KESUBURAN SHAKLEE ni kan? 

Jom kita review satu persatu ye.

Set ini adalah Set Kesuburan Shaklee yang lengkap untuk suami isteri. Dah tak perlu nak fikir-fikir dah nak beli yang mana satu. 
Sekali harung je beli, dua-dua boleh makan serentak.

Set Kesuburan Shaklee ni ada 8 jenis supplements iaitu:
  • Alfalfa Complex
  • B Complex
  • Energising Soy Protein (ESP)
  • GLA Complex
  • VitaLea
  • Vitamin C
  • Vitamin E
  • Zinc Complex
ALFALFA COMPLEX


ALFALFA COMPLEX

  • Membantu menyelesaikan masalah keputihan
  • Membantu menyelesaikan masalah haid yang tidak teratur atau senggugut yang melampau ketika period.

·         Masalah-masalah di atas ni boleh mengganggu tahap kesuburan seseorang wanita tau.

Haaa…jangan tak tau pulak, Alfalfa dalam SET KESUBURAN SHAKLEE ini bertindak sebagai “Kacip Fatimah” versi moden.


Jadi memang boleh rasa perubahan bila bersama suami selepas consumed Alfalfa Complex ni.

B-COMPLEX

B-COMPLEX
Kenapa ada B-Complex dalam SET KESUBURAN SHAKLEE ni? Apa kaitannya dengan masalah kesuburan suami isteri?

Salah satu faktor yang menyumbang kepada masalah kesuburan suami isteri masa kini adalah tekanan. Gaya hidup zaman sekarang yang penuh dengan tekanan atau stress sangat memberi kesan ke atas kesuburan suami isteri.

B-Complex yang terkenal dengan sifat anti-stress dapat membantu suami isteri dalam meredakan tekanan hidup seharian dan membantu menjadikan otak dan badan lebih tenang untuk memasuki proses kehamilan.

ENERGISING SOY PROTEIN (ESP)

ESP

Untuk hamil, badan wanita memerlukan PROTEIN yang cukup dan lengkap dengan asid amino.

Fungsi PROTEIN dalam meningkatkan tahap kesuburan suami isteri:
  • Menguatkan otot rahim
  • Asid amino sangat diperlukan dan penting dalam pembentukan sel badan ibu dan bakal janin.
  • Membekalkan tenaga sepanjang hari agar tidak mudah penat terutamanya bagi isteri yang bekerjaya.

Once ovum dan sperm berjaya disenyawakan, proses seterusnya hanya mengambil masa 24 jam sahaja untuk pembentukan bayi anda.  PROTEIN penting sebagai BASED CELLS kerana bila ovum dan sperm tadi berjaya disenyawakan, sel-sel akan mula membahagi dan pada waktu ini baby akan mula terbentuk dan berkembang di dalam rahim isteri.

Dalam tempoh 24 jam ini, banyak faktor yang menentukan samada anda berjaya hamil atau tidak.

Antara faktornya adalah:
  • Ketebalan dan kekuatan dinding rahim untuk perlekatan janin yang kuat dan tak fragile.
  • Tubuh badan berada dalam keadaan yang sihat, bertenaga dan tidak stress.
SET KESUBURAN SHAKLEE menawarkan sumber PROTEIN terbaik dan semestinya ia adalah ESP.

ESP mengandungi PROTEIN yang cukup lengkap dengan asid amino yang diperlukan badan khasnya untuk para isteri. Jadi pada yang plan untuk hamil, perlu pastikan anda mengambil sumber protein yang cukup sekurang-kurangnya 4 bulan sebelum hamil.

GLA COMPLEX

GLA COMPLEX
Kebaikan GLA COMPLEX dalam SET KESUBURAN SHAKLEE ini adalah:
  • Menstabilkan hormon dan memperbaiki kitaran haid yang tidak teratur. Kitar haid yang stabil dan tetap dapat membantu wanita untuk mengenalpasti waktu subur dengan tepat dan meningkatkan peratusan persenyawaan antar ovum dan sperma.
  • ·         Menghasilkan cecair mucus yang cukup di dalam serviks. Membantu sperma berenang ke tiub Fallopio untuk bertemu ovum. Cecair mucus ini membantu sperma hidup sehingga 5 hari di dalam di dalam tiub Fallopio isteri dan meningkatkan peluang untuk hamil walaupun suami isteri tidak bersama selepas itu.
VITAMIN C
VITAMIN C
Fungsi VITAMIN C di dalam SET KESUBURAN SHAKLEE ini:
  • Bertindak sebagai anti-oksidan seperti Vitamin E untuk menjaga kualiti sperma.
  • Sperma yang tidak sihat dan tangkas akan bermasalah untuk disenyawakan dengan ovum.
  • Membantu menyerap zat besi yang terkandung di dalam VitaLea


VITAMIN E COMPLEX
VITAMIN E
SET KESUBURAN SHAKLEE menawarkan VITAMIN E COMPLEX yang lengkap dengan Selenium.
  • 50% Selenium di dalam tubuh lelaki berada di dalam testikel dan ductus seminal. 
  • Lelaki akan kehilangan Selenium melalui air mani. Oleh itu, VITAMIN E yang mengandungi Selenium sangat diperlukan dalam membantu hubungan seksual para suami.
  • Anti-oksidan yang mampu menghasilkan sperm dan ovum yang berkualiti.Selenium – memaksimakan penghasilan sperm dan membantu sperm berenang ke arah ovum dengan lebih laju.
  • Vitamin E membantu suami untuk lebih bertenaga, mudah terangsang dan mengekalkan ereksi yang lebih lama serta menghasilkan orgasma yang berkualiti.
  • Untuk isteri pula, Vitamin E membantu dalam menhasilkan hormon yang lebih stabil dan membantu meningkatkan hubungan seksualnya.

VITALEA (Multivitamin)

VITALEA
  • VITALEA dalam SET KESUBURAN SHAKLEE ini bukan sahaja mengandungi 28 vitamin dan mineral yang diperlukan badan malah turut mengandungi ZAT BESI.
  • Pengambilan SEBIJI SEHARI Vitalea membantu meningkatkan taraf kesihatan dan kesuburan suami isteri secara menyeluruh.
  • VitaLea juga turut mengandungi ASID FOLIC yang diperlukan isteri dalam mengelakkan kecacatan janin dan kecacatan tiub nueral.
  • Kekurangan vitamin dan mineral penting boleh menjejaskan tahap kesuburan suami isteri. Kualiti sperma dan ovum juga turut terjejas.

ZINC COMPLEX

ZINC COMPLEX
  • ZINC COMPLEX dalam SET KESUBURAN SHAKLEE ni sangat penting dalam pembentukan hormone testosterone. Ia juga membantu dalam mengekalkan jumlah air mani dan membantu mengekalkan paras terstosteron yang bersesuain. ZINC juga memberi tenaga kepada sperm untuk bergerak lebih aktif di dalam tiub Fallopio menuju ke ovum.
  • ZINC berperanan dalam proses pembentukan genetic iaitu pada DNA. Secara keseluruhannya, ZINC mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat.
  • Kekurangan ZINC bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk abnormal sperm, low count sperm dan penyakit berkaitan prostat. Bagi wanita, zink digunakan untuk kesuburan kerana zinc akan melindungi sperm dan melawan bakteria di dalam vagina.

SIAPA YANG SESUAI AMALKAN SET KESUBURAN SHAKLEE???

  • Pasangan yang baru sahaja berkahwin.
  • Pasangan yang sudah lama berkahwin tetapi masih belum dikurniakan cahaya mata
  • Pasangan yang berhajat untuk mendapatkan anak kedua atau seterusnya kerana jarak kehamilan yang panjang.
  • Perempuan atau lelaki bujang yang berniat untuk mendirikan rumahtangga.

Nasihat saya…apakata anda dan pasangan membuat check-up dahulu di klinik atau hospital bagi mendapatkan pandangan pakar berkenaan masalah anda dan pasangan. Jadi mudahlah untuk saya sarankan dan consult anda supplemet yang bersesuaian untuk anda.

DOA, TAWAKAL & USAHA…SEIRING.

Tak salah andai kita berusaha untuk mendapatkan cahayamata kerana Allah SWT sukakan hambaNya yang rajin berusaha.

TAPI INGAT…

Allah SWT jua sebaik-baik perancang. Allah SWT jua yang tahu masa dan ketikanya untuk kita menimang cahaymata.

Jangan pernah berputus asa.

Pengambilan supplemet seperti SET KESUBURAN SHAKLEE ni hanyalah usaha dan ikhtiar kita untuk hamil. Selain itu, doa dan amalan-amalan yang baik juga perlu seiring.

Nanti saya sharekan pada anda semua doa dan amalan yang bersesuaian diamalkan untuk mendapatkan zuriat.

Berminat nak cuba SET KESUBURAN SHAKLEE ni tapi tak tahu cara nak dapatkannya?

Hubungi je saya…InsyaAllah saya akan bagi anda the best guidance and consultations.

InsyaAllah saya akan reply pada kadar yang segera.

Wanie Rusli
Your Shaklee Independent Distributor
017-9445430 (Whatsapp/SMS/Call/Telegram)



8 Oct 2016

PRODUCT SHARING : OMEGA

Assalamu'alaikum WBT.
Saya mendoakan anda semua sentiasa dirahmati Allah SWT dan dimurahkan rezeki.
===============================
OMEGAGUARD SHAKLEE merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan terbaik. Satu hidangan OmegaGuard Shaklee mengandungi 1000mg asid lemak Omega-3 termasuk DHA & EPA.

Omega-3 adalah asid lemak yang penting (EFA) dan tidak dihasilkan oleh badan manusia. Ramai orang yang tidak mendapat Omga-3 yang cukup. Mereka yang mengandungi trigliserida yang tinggi dalam darah perlu lebih banyak mengambil Omega-3 ini.

Minyak ikan mengandungi kedua-dua DHA dan EPA.

Walnut, flaxseed dan minyak zaitun mengandungi ALA. ALA ini akan diuraikan kepada EPA dan DHA jadi ia bergantung kepada tubuh badan kita sebenarnya.

Tapi jangan risau...dalam OmegaGuard Shaklee ni ada semua DHA, EPA & ALA yang diperlukan tubuh kita.

EPA penting untuk kesihatan jantung dan sendi. DHA pula penting untuk perkembangan dan fungsi otak terutamanya bagi kanak-kanak.

FAEDAH & KEPENTINGAN OMEGAGUARD SHAKLEE NI !!!
- Merendahkan paras trigliserida dalam darah
- Mengurangkan risiko serangan jantung
- Mengurangkan risiko ritma jantung tidak normal yang merbahaya
- Mengurangkan risiko strok
- Mengekalkan tekanan normal darah
- Mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita.
- Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
- Mencegah salur darah dari tersumbat
- Membantu mengurangkan ketegangan urat leher & sakit kepala
- Mencegah pembekuan darah dalam badan
- MENGURANGKAN ASTHMA & LELAH
- Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin
- Meningkatkan perkembangan memori janin dan kanak-kanak
- Meningkatkan sistem imun tubuh dan bagus untuk kesihatan kanak-kanak
- Memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis dll.
- Mencegah penyakit gout

Wanie Rusli Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign