Wanie Rusli: SUKAR HAMIL KERANA CYST

Pages

22 Nov 2016

SUKAR HAMIL KERANA CYST

Assalamu'alaikum WBT...
Saya doakan anda semua sentiasa kaya dan berjaya.
.
.
.
.
.
.
Okaylah, sebelum ni saya pernah kongsikan beberapa punca yang menjadi penyebab sukar hamil. Salah satunya adalah CYST. Jadi hari ni saya nak kongsikan dengan pembaca semua tentang CYST, salah satu faktor yang mengganggu kesuburan dan melambatkan proses kehamilan.

APA ITU CYST?



Bagi yang belum tahu, anda pasti tertanya-tanya apa kaitan cyst dengan kehamilan? Bagaimana cyst boleh mengganggu kesuburan dan menyebabkan wanita sukar hamil?

Kaum wanita di luar sana, jangan ambil mudah ye bila badan anda mula menunjukkan tanda-tanda abnormal seperti period yang tak tetap dan tak teratur, period yang berpanjangan, period yang sekejap atau perut anda yang semakin membuncit. Maybe something wrong somewhere.

Untuk pengetahuan anda, cyst ini ada pelbagai jenis dan boleh berlaku di mana-mana bahagian tubuh manusia namun cyst yang sering berlaku kepada wanita adalah Ovarian Cyst.


Ovarian cyst yang mengganggu kesuburan

Ovarian Cyst merujuk kepada kantung nipis (folikel) di dalam ovari wanita yang mengandungi air. Senang nak faham, cyst itu adalah pembengkakan di bahagian ovari wanita (tempat yang menghasilkan ovum untuk disenyawakan sperma).

Ovarian Cyst ni kerap berlaku di kalangan wanita muda. Kebanyakan mereka tidak menyedari yang mereka menghidapi cyst kerana penyakit ini jarang sekali menunjukkan tanda-tandanya.

BAGAIMANA CYST INI BOLEH TERJADI?


Sistem peranakan wanita terdiri daripada 4 organ utama iaitu rahim, serviks, tiub Fallopio dan ovari. Ovari yang terletak di kiri kanan rahim menghasilkan ovum dan hormon seperti estrogen dan progestron.


Proses kitaran haid wanita yang berlaku

Setiap satu kitaran haid, ovum membesar di dalam folikel yang berada di dalam ovari. Apabila ovum matang, folikel ini akan pecah untuk membebaskan ovum.

Folikel yang pecah ini akan mengecut dan berubah menjadi corpus luteum.
Corpus luteum inilah yang akan merembeskan hormon yang membantu dalam penyediaan ovum untuk kitaran haid yang seterusnya. Ini adalah Ovarian cyst yang normal atau disebut Follicular Cyst.

Ovarian cyst yang tidak normal berlaku apabila terdapat cyst lain yang tumbuh di dalam ovari wanita. Cyst inilah yang akan memberi masalah kerana jika cyst ini tidak pecah, saiz cyst ini akan semakin membesar dan mengganggu tahap kesuburan anda kerana ovari tidak lagi dapat menghasilkan ovum.

PUNCA OVARIAN CYST

1. Hormon Estrogen Yang Berlebihan

Cyst adalah ketumbuhan sel yang bergantung kepada hormon estrogen. Apabila hormon di dalam badan wanita tidak seimbang maka mereka berisiko untuk mendapat cyst. Penggunaan pil perancang keluarga juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon estrogen dan progestron dan keadaan ini boleh mengaktifkan cyst.

2. Hormon Xenoestrogen Yang Banyak Di Dalam Badan

Hormon xenoestrogen adalah 'estrogen sintetik' yang didapati dari persekitaran kita seperti makanan, air, bahan kimia dari pelbagai bahan serta industri.
Xenoestrogen adalah estrogen palsu yang berada di dalam badan. Ia boleh merangsang atau mengganggu fungsi estrogen sebenar di dalam badan kita.
Xenoestrogen ini datangnya dari pthtalates (bahan dalam plastik atau getah), racun serangga, tembakau dan BPA.

3. Lemak Berlebihan
Badan yang mempunyai lemak berlebihan akan mengaktifkan satu sistem yang dipanggil Endocanabinoid. Sistem ini mengganggu fungsi hormon yang lain dan menyebabkan silent inflammation (radang yang tinggi dalam badan). Ia bukan sahaja menyebabkan ketumbuhan malah ia juga meningkatkan risiko pelbagai jenis kanser.

4. Genetik
Jika keluarga anda mempunyai sejarah bagi penyakit ini maka anda juga mempunyai risiko untuk menghidapinya. Pengesanan lebih awal dapat membantu anda mencegah penyakit tersebut dari berulang kembali kepada keturunan anda.

5. Pemakanan Yang Tidak Sihat
Cara dah gaya pemakanan anda amat mempengaruhi badan anda. Mereka yang tidak menjaga pemakanan seperti kerap mengambil makanan/minuman segera (Instant food & junk food), makanan/minuman yang diproses dll lebih berisiko tinggi untuk mendapat penyakit ini.

GEJALA/TANDA ANDA MENGHIDAP CYST

  • Haid yang tidak teratur / berpanjangan
  • Masalah kesuburan / kemandulan
  • Kerap keguguran / bayi songsang
  • Kerap kencing / kencing tak lawas
  • Senggugut yang teruk
  • Perut buncit yang ketara
  • Sakit perut
  • Pendarahan abnormal
GOLONGAN YANG BERISIKO

Sebenarnya ovarian cyst ini agak kerap terjadi. Kebanyakan wanita muda sekurang-kurangnya akan mendapat satu cyst sepanjang hidupnya. Namun jangan bimbang kerana ia merupakan cyst yang biasa dan tidak rumit.

Namun jika wanita berusia antar 50-80 tahun menghidapi cyst, ia lebih cenderung untuk menjadi kanser dan lebih merbahaya.

CARA MERAWAT CYST

Bagi ovarian cyst yang bukan kanser dan tidak mendatangkan apa-apa masalah kepada pesakit, kebiasaannya doktor akan mempertimbang antara risiko dan kebaikan jika pembedahan membuang cyst ini dijalankan.

Pembedahan akan dilakukan sekiranya berlaku perkara-perkara ini kepada pesakit:
  1. Ovarian cyst berlaku di kedua-dua ovari. Yelah, kalau dah dua-dua ovari ada cyst, macam mana pulak ovari nak menghasilkan ovum kan? Bila ovum tidak dihasilkan, sudah tentu wanita tersebut tidak akan mengandung.
  2. Ovarian cyst melebihi 5 cm.
  3. Ovarian masih kekal pada saiznya walaupun selepas menunggu sehingga 2 3 kali period cycle.
  4. Pemeriksaan ultrasound menunjukkan ovarian cyst bukan jenis yang biasa.
  5. Tidak pernah mengalami period cycle.
  6. Menggunakan pil perancang kehamilan.
  7. Pesakit telah menopaus.
  8. Pesakit masih remaja.

Selain daripada pembedahan, terdapat alternatif lain yang boleh dilakukan iaitu dengan pengambilan SET KESUBURAN SHAKLEE.

Mesti anda tertanya-tanya apa kaitan cyst dengan Set Kesuburan Shaklee ni kan? Okay, seperti yang anda semua maklum, terdapat 6 produk di dalam Set Kesuburan Shaklee ni iaitu:-

1. VIVIX
2. ENERGISING SOY PROTEIN (ESP)
3) GLA COMPLEX
4) B COMPLEX
5) VITAMIN E
6) ZINC (Digantikan dengan VITALEA MULTIVITAMIN)




VIVIX

  • Tinggi dengan kandungan antioksidan (resviratrol dan polifenol) dan membantu dalam pencegahan kanser/ketumbuhan yang boleh menggganggu kesuburan.



ESP

  • Soya mengandunguni phytoestrogen iaitu sumber soya yang organik dan tanpa tambahan hormon lain. Ia sangat bagus untuk badan dalam menstabilkan hormon. Kestabilan hormon boleh mengelakkan penyakit yang disebabkan hormon yang tidak stabil seperti PCOS.
  • Phytoestrogen membantu mengurangkan risiko kanser dan mengurangkan gejala menopause.
  • Soya adalah makanan ruji orang Jepun. Kajian menunjukkan peratusan mereka yang menghidap kanser prostat dan kanser payudara sangat rendah



GLA COMPLEX

  • GLA Complex adalah sumber Omega 6 terbaik.
  • Ia membantu menstabilkan sistem hormon terutamanya wanita yang hormonnya selalu tak stabil disebabkan oleh pregnant atau period.
  • Mengurangkan risiko kanser prostat & prostat enlargement.
  • Mengurangkan keradangan seperti ovari yang membengkak.



B COMPLEX
  • B Complex dari Shaklee mengadungi kesemua 8 jenis Vitamin B.
  • Ianya amat penting dalam meningkatkan kesuburan kerana B Complex membantu dalam menghasilkan bekalan darah yang cukup di dalam badan. Apabila bekalan darah cukup dan zigot terhasil, maka zigot akan melekat dengan lebih kuat di dinding rahim.
  • Bagi mereka yang sedang merancang untuk hamil, Folic Acid sangat penting untuk diambil.
  • Jika anda hamil atau anda tidak sedar yang anda sedang hamil tetapi kandungan folid acid tidak mencukupi, hal ini boleh meninggikan risiko kecacatan otak, kecacatan saraf dan tiub neural.




VITAMIN E


  • Vitamin E amat disarankan untuk diambil oleh lelaki bagi meningkatkan kesuburan mereka.
  • Vitamin E Complex dari Shaklee ini mengandungi tambahan Selenium. Vitamin E yang mengandungi Selenium adalah lebih bagus dari Vitamin E sahaja.
  • Vitamin E membantu menghasilkan sperma yang berkualiti tinggi. Memandangkan Vitamin E Complex adalah tinggi dengan antioksidan maka ia dapat mengurangkan kemusnahan sel akibat radikal bebas.
  • Vitamin E memberikan tenaga dan perlindungan kepada sperma yang akan meningkatkan tahap kesuburan seseorang.




VITALEA IRON FORMULA (MULTIVITAMIN)

  • VITALEA dalam SET KESUBURAN SHAKLEE ini bukan sahaja mengandungi 28 vitamin dan mineral yang diperlukan badan malah turut mengandungi zat besi dan Zinc.
  • Zinc adalah mineral yang sangat penting untuk kesuburan lelaki kerana boleh meningkatkan bilangan sperma dan meningkatkan pergerkaan sperma serta characteristic sperma yang lebih bagus.
  • Zinc dapat mengelakkan mati pucuk di kalangan lelaki, mengurangkan masalah prostat yang membengkak dan meningkatkan kesihatan testis.
  • Pengambilan SEBIJI SEHARI Vitalea membantu meningkatkan taraf kesihatan dan kesuburan suami isteri secara menyeluruh.
  • VitaLea juga turut mengandungi ASID FOLIC yang diperlukan isteri dalam mengelakkan kecacatan janin dan kecacatan tiub nueral.
  • Kekurangan vitamin dan mineral penting boleh menjejaskan tahap kesuburan suami isteri. Kualiti sperma dan ovum juga turut terjejas.


2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Tq sharing.Entry yang berinformasi.
    Jemput baca rahsia kurangkan sakit belakang semasa hamil.
    http://suzysyahimi.blogspot.my/2016/11/rahsia-kurangkan-sakit-belakang-semasa.html?m=1

    ReplyDelete

Wanie Rusli Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign