Wanie Rusli: March 2018

Pages

22 Mar 2018

PERLU KE AMBIL SUPPLEMENTS?

For me...yes sangat penting. Takdelah sampai tahap wajib tapi dah jadi satu keperluan.

.
Samalah macam makan...hari-hari kita kena makan.
Kalau tak makan, badan jadi lesu dan tak bermaya.
.
.
Lain orang lain keperluan makanan dia.
Ada yang boleh makan sampai 2 3 pinggan sekali hadap.
Ada yang makan 3 senduk pun dah kenyang.
Ada yang makan ikut piramid makanan atau sekarang ni ikut portion dalam pinggan. Nasi separuh, protein suku, sayur suku. Portion tu dah betul tapi jenis makanan tu pulak macam mana?
.
Majoritinya mesti pilih yang bergoreng, bertumis, bersantan dll.
Makan pulak bersulam air manis. Memang complete...berminyak, kolestrol, gula dll..Nampak macam full nutrisi tapi tak.
Dah macam makan junk food or fast food pulak kan?
Kenyang tapi tak berkhasiat. ...
.
.
Nutrisi atau minerals dalam badan bukan hilang dari pemakanan kita sahaja tau tapi juga dari persekitaran kita.
.
Zaman sekarang kan...serba-serbi penuh dengan chemicals.
Organis chemical tu ok lagi tapi kalau synthetic chemicals...bahaya oi..
.
Udara yang kita duk hidu hari-hari tu penuh dengan asap kenderaan, asap rokok, debu dan lain-lain.
.
Barang yang kita duk guna hari-hari pun ada bahan kimia.
Pakaian, diapers @ sanitary pad, sabun, shampoo, barang plastik...even makan minum kita pun penuh  bahan-bahan kimia ni..Sayur dan buah pun tak terlepas dari penggunaan bahan kimia ni.
.
Yelah...nak elakkan serangan serangga perosak, dorang gunakan baja sintetik. Yang fully guna baja organik oklah tapi harga pulak mahal...pilihan kita mesti yang lagi murah kan?.
.
.
.
RADIKAL BEBAS

Bahan-bahan yang saya sebutkan tu bukan je ada bahan kimia tapi jugak radikal bebas.
.
Tau ke radikal bebas tu apa?
Radikal bebas ni bahan berbahaya yang boleh musnahkan sel badan. 
.
Sebab tu zaman sekarang ni macam-macam penyakit ada.
Semuanya sebab sel, tisu dan organ badan dah dirosakkan oleh radikal bebas jadinya sistem badan terganggu dan tak berfungsi dengan baik.
.
.
.
Haaa thats why lah saya amalkan supplements.
Nak lindungi tubuh badan saya dari bahan berbahaya ni.
Lagi-lagi breastfeed mommy macam saya.
.
Selain nak cukupkan nutrisi for my body, saya kena make sure my baby pun dapat nutrisi yang cukup for her growth & development.
.
.
PREVENTION IS BETTER THAN CURE

Tak salah kan kalau kita ambil langkah berjaga-jaga...biasa dengar kan PREVENTION IS BETTER THAN CURE?.
.
Kenapa perlu prevent?
.
Kos untuk prevent jauh lebih murah dari kos merawat.
.
.
Bukanlah kata bila prevent tu kita langsung tak jatuh sakit tapi simptom yang dialami jauh lebih ringan dan sakit pun sekejap je...insyaAllah.

Wanie Rusli Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign