Wanie Rusli: August 2016

Pages

19 Aug 2016

SET BERPANTANG SHAKLEE

Assalamu'alaikum semua...
Semoga sentiasa di bawah lindungan Allah SWT hendaknya...
===============================================

Hari ni saya nak cerita sikitlah pasal kelebihan berpantang dengan Set Berpantang Shaklee.
Julai hingga September 2016 ni, Shaklee adakan promosi sempena Kempen Kesihatan Wanita. Salah satu set yang dipromosi adalah Set POSTNATAL Shaklee atau Set BERPANTANG Shaklee.



Semua pun tahu, tempoh berpantang bagi wanita masyarakat Melayu lebih kurang 44 hari. 
Rasa macam lama kan tapi itulah hakikatnya. Nak tubuh badan kembali sihat, segar & langsing macam zaman anak dara dulu memang amatlah menguji kesabaran.

Buat ni tak boleh...
Buat tu tak boleh...
Makan ni tak boleh...
Makan tu tak boleh...



Haaa...memang banyak pantang larangnya. Lebih-lebih lagi bab pemakanan. Salah makan sikit, boleh bentan jadinya.

Mak-mak kita dulu, amalkan makan jamu/akar kayu nak pulihkan & segarkan badan terutamanya bahagian dalaman badan. Dah banyak urat saraf putus sebab nak lahirkan umat Nabi Muhammad SAW yang sorang tu.



Antara amalan berpantang yang masih diamalkan sehingga kini:

  • Memakai bengkung
  • Berurut
  • Makan jamu / supplement
  • Bertungku
  • Mandi air akar kayu / herba
Saya cuma nak sentuh tentang amalan pemakanan supplement sepanjang berpantang dengan SET POSTNATAL SHAKLEE ni.

Semua tahu, bila mengandung rahim wanita akan mengembang. Jadi fokus utama adalah nak mengecutkan balik rahim tu kepada saiz asal.

Yang kedua, bila bersalin samada secara normal atau ceaser, pasti akan ada luka luaran dan dalaman kan? Jadi supplement Shaklee ni akan membantu merawat luka tersebut selain mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang.


SET POSTNATAL SHAKLEE



Set Berpantang Shaklee ni mengandungi Omega Guard, VitaLea, ESP, Ostematrix, Alfalfa & Vitamin C.

OMEGA GUARD

  • Merupakan minyak ikan terbaik di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 asid lemak Omega 3 semulajadi.
  • Membantu perkembangn otak bayi dan memori.
  • Merupakan nutrient utama otak, sistem saraf dan retina.
  • Susu ibu yang mengandungi kandungan DHA yang tinggi berupaya meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran.
VITALEA
  • Multivitamin dan mineral yang disaluti spirulina meberi tenaga pada kadar segera.
  • Sangat membantu ibu-ibu yang mengalami masalah tidur semasa berpantang untuk mendapatkan tidur yang lena.
  • Mempunyai imbangan nutrisi lengkap membantu dalam menangani masalah kurang selera makan, tekanan darah rendah, depresi, kebas-kebas, letih dan lesu, masalah anemia dengan pembentukan sel darah merah dan juga kadar gula yang rendah.
OSTEMATRIX

  • Terdiri daripada kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc dan kuprum yang penting yang diperlukan tubuh.
  • Menggantikan semula kalsium dalam tubuh ibu dan elemen penting untuk ibu yang menyusukan dan juga bayi.
  • Kalsium sangat diperlukan untuk pembentukan tulang dan gigi yang sihat pada bayi yang disusukan.
  • Bagi wanita yang dalam pantang, selalunya mereka tidak banyak bergerak dan banyak menghabiskan masa dengan berbaring. Kalsium dapat menghalang pembentukan darah beku pada saluran darah ketika berbaring dan ketika tidak aktif semasa dalam pantang.
  • Kalsium sangat penting dalam memperbaiki fungsi saraf bagi mengelakkan rasa kebas pada kaki dan tangan mereka di samping mempercepat pengecutan otot rahim dan kembali kepada saiz asal.
  • Menangani masalah sembelit yang sering dialami oleh ibu berpantang.
ALFALFA COMPLEX
  • Bertindak sebagai milkbooster.
  • Membantu menangani sakit-sakit badan dengan mengurangkan keasidan dalam tubuh.
  • Membantu menangani masalah sembelit yang sering dialami wanita berpantang.
  • Pengambilan alfalfa bergantung kepada ibu dan anak yang tidak mempunyai penyakit SLE dan bebas dari jaundice atau demam kuning.
VITAMIN C
  • Mengukuhkan sistem imunisasi.
  • Mengurangkan stress dengan membantu kalenjar adrenal mengawal penghasilan hormon stress dalam tubuh.
  • Membantu membina kolagen dan membantu mempertingkatkan peredarah darah di kepala dan mengurangkan rambut gugur.
  • Vitamin C sangat penting untuk kesihatan gusi, gigi, tulang dan pembentukan tisu baru.
  • Vitamin C banyak terdapat di dalam buah-buahan seperti oren, strawberi dll. Ibu yang tidak mendapat cukup Vitamin C akan mengalami rasa mudah penat & mereka akan menjadi cepat marah serta mudah mendapat penyakit meroyan (post partum depression). Sendi dan otak akan berasa sakit dan mudah mendapat lebam jika terlanggar sesuatu seperti meja atau dinding.
ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)
  • Wanita yang baru melahirkan anak sangat memerlukan nutrisi protein dalam pemakanan mereka. Salah satu sumber protein selain daripada telur, daging dan ikan ialah soya. Kacang soya mengandungi kandungan protein yang tinggi dan mengandungi hampir kesemua asid amino yang diperlukan badan.
  • ESP merupakan non-GMO soy protein  yang mempunyai 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Protein sangat penting untuk ibu selepas bersalin bagi membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, mencegah migrain, imsomnia dan tekanan.
  • Protein dalam tubuh sangat diperlukan bagi merangsang selera makan bagi ibu berpantang yang kurang selera makan, meningkatkan tenaga sekiranya mengalami anemia, tekanan darah rendah, masalah tidur, badan letih dan depresi.
  • Protein membantu pemulihan luka & parut dengan membina sel-sel yang baru. 
  • ESP membantu menganjalkan payudara yang kendur dan mengembalikan kecantikan payudara anda.
  • ESP sangat-sangat membantu menghasilkan susu dengan lebih cepat dan merupakan milkbooster yang hebat dengan menghasilkan susu yang lebih pekat dan berkrim. Kesannya bayi akan cepat kenyang & kurang meragam kerana kekurangan susu.
Haaa...dah dapat gambaran supplement yang sesuai digunakan masa berpantang nanti?
Badan kita ni nak pakai lama jadi janganlah ambil mudah ye wahai kaum-kaum ibu sekalian.
Jangan pulak bila dah makan supplement, pemakanan masa pantang tak ambil berat pulak ye.

Your Shaklee Independent Distributor
Wanie Rusli | 017-9445430
Instagram: shakleebywanierusli
FB: Siti Nor Azwanie Rusli




12 Aug 2016

Promosi Shaklee - Women's Health Set

Assalamu'alaikum WBT readers semua...
=========================================================

Okay...bersempena dengan Kempen Kesihatan Wanita, Shaklee dengan bangganya mengadakan promosi bagi Women's Health Set. Ada 4 set kesihatan untuk wanita dari Shaklee. 



Apa yang bestnya tentang kempen ni?

A. Set Gorgeous (sesuai untuk mereka yang mengalami masalah jerawat / hormon tak balance / keletihan) - RM447.85 (exclude postage)


Set ini mengandungi:
  • 1x ESP
  • 1x Vita C Suztaine
  • 1x VitaLea
  • 1x GLA Complex
B. Set PreNatal (Ibu Hamil) - RM616.92 (exclude postage)


Set ini mengandungi:
  • 1x ESP
  • 1x Omega Guard
  • 1x Ostematrix
  • 1x VitaLea
  • 1x B-complex
  • 1x Vita C Sustained Release
C. Set PostNatal (Ibu Berpantang / Menyusu) - RM616.92 (exclude Postage)


Set ini mengandungi:
  • 1x ESP
  • 1x Omega Guard
  • 1x Ostematrix
  • 1x VitaLea
  • 1x Vita C Sustained Release
  • 1x Alfalfa Complex
D. Set Amazing Golden (Pre-Menopause / Menopause) - RM851.20 (include postage)


Set ini mengandungi:
  • 1x ESP
  • 1x VitaLea
  • 1x Omega Guard
  • 1x GLA Complex
  • 1x Ostematrix
  • 1x Vivix
  • PERCUMA Keahlian SHAKLEE Seumur Hidup bernilai RM80.00 
  • CASHBACK bernilai RM40.15
Promosi bagi SET-SET di atas mulai JULAI 2016 sehingga SEPTEMBER 2016 sahaja.

Anda masih berpeluang untuk mendapatkan set ini sebelum promosi ini berakhir.

Berminat nak dapatkan set ini tapi tak tahu cara?

Hubungi saya:

Wanie Rusli | 017-9445430
Pengedar Shaklee Kuantan
Your Trusted SID


9 Aug 2016

MENCEGAH ITU LEBIH BAIK DARI MENGUBATI


Ramai yang dah biasa dengar ungkapan kat atas tu kan..cliche orang cakap.

Saya pun malas nak pung pang pung pang lebih-lebih. Nanti orang meluat...unfriend pulak nanti. Hehe...




Yes...saya adalah pengguna supplement Shaklee. Nak kata tegar, taklah tegar mana tapi since kenal Shaklee sejak 2011...memang tak ada ambil apa-apa supplement dah selain dari Shaklee.
Selama dengan Shaklee ni, saya tak pernah cakap pun sesiapa yang ambil Shaklee confirm takkan jatuh sakit. TAKKKK...!!!!

Produk Shaklee ni lebih kepada menyediakan tubuh badan kita untuk lebih bersedia melawan penyakit atau jangkitan. Selain tu, pengambilan supplement Shaklee ni akan buat tubuh badan kita segar je walaupun sakit.



Biasa kan kita dengar, bila sakit je tak ada selera makanlah, badan mudah penatlah dll. Dengan Shaklee, InsyaAllah anda akan sentiasa rasa bertenaga sepanjang sakit. Selera makan pun tak pernah berkurang. Jadi taklah anda duk melepet je kan layan sakit tu. Bila time sakit pun aktif, cepatlah sikit proses penyembuhan tu.

Walaupun saya consume Shaklee tapi saya juga masih terkena demam & batuk-batuk. Masuk hari ni dah seminggu sejak 2/8 yang lepas. Saya cuma demam untuk 2 hari pertama je, itupun tak teruk. Masih boleh buat kerja.

Sekarang ni, saya cuma upkan dose supplement sahaja. Biasa saya cuma makan sebiji VITAMIN C, kali ni saya makan 3 biji.

Saya juga amalkan petua-petua tradisional macam minum madu, blend jus nenas dll. InsyaAllah Allah nampak ikhtiar saya untuk baikkan batuk ni. Doakan saya cepat sihat ye kawan-kawan?


Wanie Rusli Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign