Wanie Rusli: MENCEGAH ITU LEBIH BAIK DARI MENGUBATI

Pages

9 Aug 2016

MENCEGAH ITU LEBIH BAIK DARI MENGUBATI


Ramai yang dah biasa dengar ungkapan kat atas tu kan..cliche orang cakap.

Saya pun malas nak pung pang pung pang lebih-lebih. Nanti orang meluat...unfriend pulak nanti. Hehe...




Yes...saya adalah pengguna supplement Shaklee. Nak kata tegar, taklah tegar mana tapi since kenal Shaklee sejak 2011...memang tak ada ambil apa-apa supplement dah selain dari Shaklee.
Selama dengan Shaklee ni, saya tak pernah cakap pun sesiapa yang ambil Shaklee confirm takkan jatuh sakit. TAKKKK...!!!!

Produk Shaklee ni lebih kepada menyediakan tubuh badan kita untuk lebih bersedia melawan penyakit atau jangkitan. Selain tu, pengambilan supplement Shaklee ni akan buat tubuh badan kita segar je walaupun sakit.



Biasa kan kita dengar, bila sakit je tak ada selera makanlah, badan mudah penatlah dll. Dengan Shaklee, InsyaAllah anda akan sentiasa rasa bertenaga sepanjang sakit. Selera makan pun tak pernah berkurang. Jadi taklah anda duk melepet je kan layan sakit tu. Bila time sakit pun aktif, cepatlah sikit proses penyembuhan tu.

Walaupun saya consume Shaklee tapi saya juga masih terkena demam & batuk-batuk. Masuk hari ni dah seminggu sejak 2/8 yang lepas. Saya cuma demam untuk 2 hari pertama je, itupun tak teruk. Masih boleh buat kerja.

Sekarang ni, saya cuma upkan dose supplement sahaja. Biasa saya cuma makan sebiji VITAMIN C, kali ni saya makan 3 biji.

Saya juga amalkan petua-petua tradisional macam minum madu, blend jus nenas dll. InsyaAllah Allah nampak ikhtiar saya untuk baikkan batuk ni. Doakan saya cepat sihat ye kawan-kawan?


No comments:

Post a Comment

Wanie Rusli Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign