Wanie Rusli: PERIOD TIDAK TERATUR PENYEBAB SUKAR HAMIL

Pages

22 Oct 2016

PERIOD TIDAK TERATUR PENYEBAB SUKAR HAMIL

Assalamu'alaikum WBT...
Saya doakan anda yang membaca entri ini sihat dan bahagia sentiasa...ameen.
=================================

Bila first period anda semua?
Ada yang seawal umur 9 tahun dah period.
Ada yang lewat...umur 17 baru period.

Tahu tak...period juga boleh dikaitkan dengan masalah kesuburan.

Jangan ingat bila kita period setiap bulan bermaksud kita dah boleh mengandung tau.

Ada yang 2 3 bulan sekali, period baru datang.
Tapi bila period, sehari dua dah habis. Normal ke tu?

Ada pulak yang jenis bila period je, lebih dari 15 hari masih non-stop. Bahaya ke?

Haaa...yang nilah saya nak cerita.

PERIOD TAK TERATUR??? JANGAN AMBIL MUDAH

"Ala...dah memang dari dulu macam tu, normallah tu"

Haaa...anda silap.

Salah satu kaedah mengira bila ovulasi akan berlaku

Ramai orang terutamanya kaum perempuan tak ambil pusing sangat bab period yang tak teratur (irregular period) ni. Lebih-lebih yang masih bujang.

Kitar haid yang tak teratur/tetap ni akan menyukarkan pengiraan tarikh ovulasi.

Suami isteri yang behajat mahu mendapatkan cahayamata perlu tahu dengan tepat bila ovulasi akan berlaku kerana ovum akan dibebaskan pada ketika itu dan bersedia untuk bersenyawa dengan sperm.

Jadi sila bayangkan bagaimana persenyawaan akan berlaku jika kita tidak tahu bila ovulasi itu akan terjadi. Sperms dan ovum yang dikeluarkan hanyalah sia-sia.

Kebanyakannya, bila dah kahwin dan sukar hamil, baru tahu yang mereka sebenarnya ada masalah kesuburan.

MENGAPA PERIOD TIDAK TERATUR???

Jom...saya kongsikan kepada anda punca kepada permasalahan period tidak teratur ni.

  1. KEGEMUKAN / OBESITI mengakibatkan hormon ESTROGEN dalam badan tidak seimbang dan mengganggu kitaran haid wanita.
  2. HORMON PROLAKTIN YANG BERLEBIHAN menghalang pengeluaran ovum/telur dan kesannya-haid akan lewat untuk berbulan-bulan lamanya. Hal ini memberi kesan kepada ovulasi dan kitar haid. Biasanya ibu yang Fully Breastfeed susah untuk hamil kerana hormon prolaktin yang tinggi menghalang FSH & GH. Kedua-dua hormon ini bertanggungjawap menolong tumbesaran telur dalam ovari.
  3. MENOPAUS biasanya berlaku kepada wanita yg berusia lewat 40-an. Menopaus menyebabkan pengeluaran haid semakin sedikit dan jarang-jarang berlaku. Namun, proses menopaus boleh berlaku seawal usia 30an jika badan kekurangan nutrisi, terlalu kurus atau tidak bersenam. Jadi, amalkanlah diet pemakanan serta cara hidup yang sihat & seimbang bagi mengelakkan menopaus berlaku terrlalu awal.
  4. PENCEGAH KEHAMILAN - penggunaan/pengambilan pil perancang atau alat pencegah kehamilan kebiasaannya memang akan mencegah kehamilan daripada berlaku.
  5. TEKANAN atau stress yang melampau turut menjadi faktor mengapa sukar hamil. Kehidupan dan gaya hidup masa kini yang terlalu hectic menyebabkan bukan sahaja tubuh badan yang tertekan malahan mental juga turut tertekan. Hal ini akan mempengaruhi hormon dan seterusnya kitaran haid.
ADA KESAN KE BILA PERIOD TAK TERATUR?

Apabila sistem badan tidak berfungsi dengan normal, sudah tentu operasi tubuh badan akan mengalami gangguan dan akan memberi kesan negatif kepada individu tersebut.

UPT Negative (ini bukan saya punya ye)

Antara kesan yang boleh dirasai oleh mereka yang mengalami masalah period yang tidak teratur atau tetap ini adalah seperti yang dijelaskan di bawah:


  1. KEMANDULAN Period yang tidak teratur boleh mengakibatkan masalah yang serius. Lewat untuk mendapatkan rawatan boleh memburukkan keadaan dan seterusnya organ dan sistem peranakan wanita. Contoh - Masalah cyst yang kronik pada tiub Fallopio boleh menyebabkan tiub Fallopio tersebut terpaksa dibuang.
  2. SUSAH UNTUK HAMIL - Masalah period yang tidak teratur ini boleh mengganggu tahap kesuburan sesorang wanita dan mengakibatkan peluang untuk hamil menjadi rendah dan sukar.
  3. MASALAH KESIHATAN SEPERTI ANEMIA - Ada sesetengah wanita mengalami haid yang berpanjangan sehingga sebulan atau lebih lama lagi. Masalah seperti ini boleh mengundang masalah kesihatan yang lain seperti Anemia kerana badan kehilangan darah yang banyak akibat haid yang berpanjangan ini. Individu yang mengalaminya akan mudah penat dan pengsan kerana badan kekurangan sel darah merah yang mengangkut oksigen ke seluruh badan.
BAGAIMANA MERAWAT MASALAH PERIOD TAK TERATUR?

Bila kita ada kawan-kawan yang mengalami masalah period tak teratur ni tapi mereka tak tahu nak buat apa, why not kita sarankan mereka berjumpa doktor terlebih dahulu so that kita tahu penyebab utama kepada masalah yang mereka alami tu.

Bila dah tahu punca sebenar, senanglah  nak ambil langkah susulan yang tepat. Sesetengah masalah seperti uterine fibroid, PCOS, imperforate hymen dan Asherman’s syndrome memang memerlukan rawatan perubatan daripada pakar untuk memperbetulkan keadaan.

Tips di bawah ini boleh dilakukan oleh mereka yang mempunyai masalah yang tidak serius:
  1. Jaga pemakanan dan diet seimbang
  2. Kawal berat badan - Elakkan penambahan atau penurunan berat badan secara mendadak.
  3. Amalkan gaya hidup sihat - rajin melakukan senaman tetapi elakkan senaman melampau yang boleh mengakibatkan kecederaan kepada badan.
  4. Elakkan tekanan/stress yang melampau.
  5. Pengambilan ubat mengikut jadual dan dose yang ditetapkan doktor.
  6. Pengambilan makanan tambahan (supplement) berasaskan gamma linolenic acid (GLA) – GLA dapat membantu menstabilkan dan memperbaiki paras hormon dalam badan dan seterusnya menggalakkan haid berjalan lancar.


GLA COMPLEX - MENYELESAIKAN MASALAH PERIOD TAK TERATUR

GLA Complex 3 kali ganda lebih berkesan berbanding supplement EPO.
Ramai yang dah sedia maklum, GLA Complex dari Shaklee memang terkenal dalam meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita.

Bagaimana GLA Complex boleh membantu memperbaiki masalah period yang tidak teratur ini dan melancarkan haid?

GLA Complexc kaya dengan asid lemak Omega 6. Asid lemak ini diperlukan oleh tubuh wanita untuk merawat masalah period yang tidak teratur ini.

Manfaat utama pengambilan GLA Complex ialah:

  • Mengawalselia hormon estrogen dan testosteron. GLA membentuk prostaglandin untuk mengawalselia hormon lelaki dan wanita. GLA juga memperbaiki simptom PMS seperti abdominal cramp, mood swing, payudara sakit dan berdenyut.
  • Melambatkan menopause Memperbaiki keadaan menopause seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman, tekanan. Pengambilan jangka panjang melambatkan penuaan, membantu mengetatkan uterus, mengekalkan bentuk uterus dan kulit kelihatan lebih muda.
Fungsi lain GLA Complex:
  • Memperbaiki prostatomegaly
  • Menentang dan melawan kanser
  • Memperbaiki inflamasi kulit
  • Menghalang komplikasi diabetes
  • Menghalang tekanan darah tinggi
  • Memperbaiki tekstur rambut
  • Hiperaktif dan autisme (ADD / ADHD) - dibuktikan secara klinikal bahawa GLA minyak ikan dapat memperbaiki keadaan kanak-kanak autisme, sukar fokus ketika belajar dan hiperaktif. 
GLA Complex ni pun memang dah ada dalam SET LENGKAP KESUBURAN SHAKLEE untuk suami isteri. Bolehlah cuba Set ni ye...


Jangan pernah berputus asa.
Cubalah SET LENGKAP KESUBURAN SHAKLEE yang memang dah terbukti berkesan dalam meningkatkan kesuburan ramai pasangan suami isteri sekaligus meningkatkan peluang untuk hamil.

Supplement adalah ikhtiar kita...sambil-sambil tu jangan lupa minta dengan Allah Yang Maha Kaya & Maha Pemberi Rezeki ye.


Yours Truly,
Wanie Rusli | 017-9445430
Shaklee Independant Distributor

No comments:

Post a Comment

Wanie Rusli Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign