Wanie Rusli: KENAPA SUKAR HAMIL? KENALPASTI PUNCANYA.

Pages

3 Nov 2016

KENAPA SUKAR HAMIL? KENALPASTI PUNCANYA.

Assalamu'alaikum wbt.
Semoga anda yang membaca entri ini sihat, kaya dan berjaya dunia akhirat.
=================================================

Okay, entri kali ni saya nak kongsikan dengan pembaca semua beberapa punca penyebab ketidaksuburan yang berlaku di kalangan pasangan suami isteri amnya dan isteri khasnya.

Kepada pasangan yang baru berkahwin, berita tentang kehamilan si isteri sangat-sangat ditunggu. 
Namun impian hanya tinggal impian bilamana isteri masih belum juga hamil. Sedih bukan?

Pasangan yang dah lama berkahwin pun turut terkesan dengan situasi isteri masih belum hamil.

Masalah kesuburan boleh mengganggu hubungan suami isteri

Masalah kesuburan suami isteri adalah isu yang sangat sensitif untuk dibincangkan sehinggakan nak berbincang dengan suami pun malu apatah lagi dengan orang luar...mesti lagi malu kan?

KENAPA SUKAR HAMIL?

Sukar hamil atau masalah kesuburan ni ada banyak jenis.

Ada yang langsung tak pernah mengandung.
Ada yang mengandung tapi asyik gugur je.

Kenapa semua ini terjadi?

Jom kita tengok beberapa faktor yang menjadi punca kepada masalah sukar hamil ini antaranya:


  1. Haid yang tidak teratur
  2. Keputihan
  3. Obesiti
  4. Fibroid
  5. PCOS
  6. Endometriosis
  7. Tiub Fallopio tersumbat
  8. Masalah pada rahim


Disebabkan masa yang tidak mengizinkan, saya hanya sempat kongsikan 3 punca kepada masalah kesuburan dan sukar hamil ini. Selebihnya saya akan detailskan pada next entry ye.

Masalah sukar hamil ini melibatkan tahap kesuburan kedua-dua pihak iaitu suami dan isteri. Oleh itu, kedua-dua pihak perlu buka mata dan duduk berbincang mencari penyelesaian masalah sukar hamil ni.

PUNCA-PUNCA KETIDAKSUBURAN WANITA

1) Haid Tidak Teratur

Keratan akhbar berkenaan masalah haid yang tidak teratur

Masalah ketidaksuburan wanita biasanya berkait rapat dengan kitaran haid yang tidak teratur. Wanita akan sukar hamil jika period cycle mereka tidak tetap.
Haid tidak teratur @ tidak period dalam tempoh yang lama @ period tetapi hanya sedikit boleh mengakibatkan ovulasi tidak akan berlaku pada setiap period cycle.

Hal ini terjadi kerana berlakunya ketidakseimbangan hormon dalam badan wanita. Kualiti dan kuantiti telur (ovum) bergantung kepada aras FSH dalam badan wanita sekaligus mengawal period cycle wanita.

FSH - hormon yang memberi kesan secara langsung kepada proses kehamilan. Jika kandungan FSH dalam badan tidak mencukupi, ia akan memberi kesan kepada penghasilan ovum dalam ovari. Kebiasaannya mereka yang mengalami PCOS mempunyai paras FSH yang rendah.

Jika aras FSH di dalam badan seseorang terlalu tinggi atau rendah, period cycle akan terganggu dan sukar untuk hamil.

Hormon badan yang tidak seimbang mengundang pelbagai masalah

Keseimbangan hormon dalam badan wanita sangat penting jika mahukan kehamilan berlaku. Hormon yang tidak seimbang ini boleh mengakibatkan seseorang wanita mengahadapi masalah telur yang tidak matang, gangguan dalam proses evolus dan proses luteinisation.

Keseimbangan hormon juga boleh terganggu jika mempunyai berat badan yang terlalu berat atau kurang.

2) Keputihan

Seringkali wanita mengalami masalah keputihan samada normal atau sebaliknya. Keputihan juga turut dikaitkan dengan masalah sukar hamil atau kesuburan.

Keputihan normal

Ciri-ciri keputihan normal:
  • sedikit
  • cair
  • jernih atau sedikit putih
  • tiada bau @ sedikit bau yang bukan tidak menyenangkan

Ciri-ciri keputihan ini berubah mengikut period cycle:
  • ketika waktu subur
  • ketika menyusu badan
  • ketika syahwat
  • ketika hamil
  • mereka yang kurang menjaga kebersihan sekitar miss V
  • ada mengambil ubat gatal seperti anti-histamine.

Jika berlaku perubahan yang terlalu ketara diiringi rasa gatal dan pedih di bahagian faraj, jangkitan kuman mungkin menjadi penyebab.

Keputihan tak normal

Ciri-ciri keputihan tidak normal yang disebabkan oleh jangkitan kuman:
  • terlampau banyak
  • tesktur berubah - berbuih, berketul-ketul atau berair
  • warna kelabu, kuning, hijau atau coklat
  • berbau hanyir seperti keju

Bakteria/kulat/kuman penyebab keputihan ini akan menyerap masuk ke dalam faraj dan menyerang serta mengganggu kawasan penghasilan ovum. Akibatnya ovum yang terhasil mengalami keabnormalan. Ovum tidak normal tidak mampu bertahan lama atau dikategorikan sebagai cacat.

Keputihan di kawasan faraj

Keputihan boleh menyumbang kepada penyumbatan leher faraj. Keputihan yang banyak menyukarkan sperma untuk menembusi leher faraj. 

Kulat/bakteria yang menghuni kawasan sekitar faraj juga turut mengganggu kualiti sperma yang memasuki faraj.

3) Kegemukan (Obesiti)

Masalah berat badan berlebihan boleh menjejaskan kesuburan

Wanita yang mempunyai berat badan berlebihan sukar untuk hamil. Ini kerana ketidakseimbangan hormon turut berkait rapat dengan kegemukan.

Mereka yang mempunyai berat badan yang tidak ideal mengambil tempoh masa yang lama untuk hamil berbanding dengan wanita yang berat badannya dalam julat yang normal.



Sekiranya mereka hamil, mereka berdepan dengan pelbagai risiko seperti keguguran, kelahiran pra-matang dan diabetes.

PCOS sering dikaitkan dengan masalah berat badan berlebihan. 

PCOS merupakan salah satu penyebab wanita sukar hamil. 

Penghidap PCOS biasanya mengalami masalah dengan period cycle mereka di mana telur (ovum) sukar mencapai tahap kematangan untuk disenyawakan oleh sperma

PUNCA-PUNCA KETIDAKSUBURAN LELAKI

Haaa...Jangan ingat kaum perempuan je tau yang mengalami masalah tidak subur ni. Kaum lelaki pun turut sama mengalaminya.

Terdapat 3 jenis punca ketidaksuburan yang sering dialami kaum lelaki.

  • PRA TESTIKULAR - hormon terganggu menyebabkan testis tidak terangsang dan bermasalah menghasilkan sperma. 
  • TESTIKULAR - sperma yang sihat tidak dapat dihasilkan berpunca dari sel yang rosak.
  • POST TESTIKULAR - gagal berejakulasi walaupun berupaya menghasilkan sperma yang normal.
Sperma yang dihasilkan lelaki sangat dipengaruhi oleh cuaca panas/haba yang berlebihan dan bahan kimia yang bertoksik tinggi.

Beberapa keadaan yang boleh mengganggu kesuburan lelaki seperti:

  • Pemakaian seluar dalam yang ketat
  • Meletakkan laptop di atas peha berdekatan dengan organ pembiakan lelaki
  • Merokok / penggunaan tembakau
  • Minuman beralkohol
  • Bahan kimia seperti racun serangga dll.
  • Penyalahgunaan dadah
  • Bekerja atau melakukan aktiviti di kawasan bersuhu tinggi atau panas seperti duduk di dalam sauna, mandi di kolam air panas dll.


Bagaimana nak tingkatkan tahap kesuburan kaum lelaki ni? Antara yang boleh dibuat ialah:
  • Melakukan aktiviti riadah
  • Bersenam
  • Mengamalkan diet yang seimbang
  • Pengurusan stress yang baik
  • Mengekalkan berat badan unggul mengikut BMI ditetapkan
  • Mengamalkan supplement
Salah satu cara yang boleh dilakukan adalah dengan mengamalkan SET KESUBURAN SHAKLEE. 

Jangan pening-pening nak pilih sebab Set Kesuburan Shaklee ni dah merangkumi keperluan nutrisi untuk suami isteri bagi memperbaiki dan InsyaAllah merawat masalah yang berkaitan kesuburan.

Apapun, nasihat saya sila berjumpa doktor terlebih dahulu untuk mengenalpasti punca penyebab masalah sukar hamil ini. Selepas itu, barulah senang saya nak consult anda dengan cara pengambilan dan dos yang betul.

Hubungi saya seperti yang tertera untuk details ya.

Wanie Rusli | 017-9445430
Pengedar Shaklee Anda

No comments:

Post a Comment

Wanie Rusli Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign