Wanie Rusli: TIPS CEPAT HAMIL DENGAN SET KESUBURAN SHAKLEE

Pages

9 Nov 2016

TIPS CEPAT HAMIL DENGAN SET KESUBURAN SHAKLEE

Assalamu'alaikum WBT.
Semoga anda semua yang membaca entri ini kaya dan berjaya dunia dan akhirat.
==============================================

Saya yakin anda yang membaca entri ini mengalami masalah sukar hamil bukan? 

Kahwin dah lama tapi masih juga belum hamil. Kawan-kawan atau saudara-mara yang kahwin lewat dari kita pun rata-ratanya dah mengandung dan beranak.

Kita je yang terkebil-kebil mata tak tahu nak jawab apa bila orang tanya "Kau bila lagi nak ada isi?".

Orang sekeliling kita ni terlebih concern tentang diri kita.
Jangan mudah kecewa, marah atau stress bila ada yang bertanya. 

Stress pun salah satu penyebab anda sukar hamil.
Take it as a challenge...Jangan main-main, sekali pregnant dapat kembar terus. 

Alhamdulillah. Saya juga turut mendoakan anda yang sedang membaca entri ini dikurniakan cahayamata secepat mugkin.

Sebagai yang beragama Islam, kita perlu meletakkan sepenuh pengharapan kepada Allah SWT. Selain dari itu, banyak amalan yang boleh dilakukan agar isteri cepat hamil.

AMALAN MENGIKUT ISLAM SUPAYA CEPAT HAMIL

  • Beristighfar - Sentiasa beristighfar memohon kemaafan Allah SWT dan bertaubat. Istighfar ni pembuka jalan kepada banyak masalah seperti dimurahkan rezeki, selesaikan masalah, nak badan sihat dll. Mereka yang banyak beristighfar, Allah SWT akan mengasihi dan merahmati mereka. Dengan cara ini, Allah SWT akan lebih mudah untuk memberi cahayamata kepada mereka.
  • Berpuasa Sunat - Amalan berpuasa sunat ini digalakkan dilakukan oleh suami sahaja seperti yang dilakukan oleh Nabi Zakaria a.s. Jika isteri belum hamil, maka eloklah dilakukan bersama.
  • Jaga Percakapan - Tidak bercakap perkara yang sia-sia seperti mengumpat, fitnah dll. Lazimilah dan basahilah lidah dengan zikir-zikir memuji Allah SWT dan berselawat ke atas baginda Rasulullah SAW atau bercakap perkara-perkara berfaedah sahaja.
  • Banyakkan Berdoa - Sentiasa berdoa pada Allah SWT supaya dikurniakan anak yang soleh dan solehah. Seeloknya bcalah doa khusus untuk mendapatkan zuriat setiap kali selesai solat fardhu. 
  • Cari Ilmu Berkaitan Kesuburan & Kehamilan - sekarang ni dah banyak maklumat yang anda boleh cari di internet berkaitan masalah kesuburan, tips untuk hamil dengan cepat, makanan yang menggalakkan kesuburan dan sebagainya.
TIPS CEPAT HAMIL YANG BOLEH DIAMALKAN SUAMI ISTERI


Bila ovulasi akan berlaku?

1. Perlu tahu bilakah ovulasi isteri berlaku

Ovulasi berlaku apabila satu telur (ovum) atau lebih dibebaskan dari ovari anda. Inilah masa yang paling subur dalam period cycle anda. Setiap bulan, ovari akan melepaskan ovum yang paling matang ke datalam tiub Fallopio wanita menanti sperma untuk disenyawakan.

Tetapi ingat, ovum hanya boleh hidup tidak lebih 24 jam selepas ovulasi berlaku. Jadi untuk membolehkan wanita hamil, persenyawaan di antara ovum dan sperma perlu terjadi ketika ovulasi berlaku.

Memandangkan sperma boleh hidup sehingga 5 ke 7 hari di dalam faraj/ uterus/ tiub Fallopio wanita, maka anda boleh bersama dengan suami seawal lebih kurang 6 hari dari tarikh ovulasi sehingga ke hari ovulasi bagi meningkatkan peratus persenyawaan terjadi.

Bagaimana nak tahu bila ovulasi berlaku?

  • Guna aplikasi. Sekarang ni dah ada pelbagai aplikasi yang boleh anda install ke dalam smartphone anda. Jadi anda dapat menentukan bilakah ovulasi anda akan berlaku dengan tepat.
  • Perhatikan cecair mukus. Ketika ovulasi, cecair mukus anda berwarna jernih seperti putih telur.
  • Suhu badan anda akan meningkat sedikit dari suhu normal 2 3 hari sebelum ovulasi berlaku. Sila cek suhu anda sejurus bangun tidur pada waktu pagi.
  • Gunakan ovulasi kit yang boleh dibeli di farmasi. Kit ini mengesan hormon yang dirembeskan ketika ovulasi. Anda boleh mengesannya seawal 2 3 hari sebelum tarikh ovulasi berlaku.
2. Lakukan hubungan seks dengan kerap seeloknya selang 2 3 hari kerana kepekatan sperma akan menurun setiap kali selepas seks.

3. Amalkan gaya hidup sihat seperti tidak merokok dan bersenam.

4. Kawal berat badan anda. Kegemukan boleh mengganggu hormon kesuburan dan mengelakkan telur menjadi matang.

5. Amalkan pemakanan yang berkhasiat dan berzat. 

6. Amalkan pengambilan supplement. Set Kesuburan Shaklee mengandungi supplements yang lengkap untuk suami isteri.

PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN JIKA MAHU CEPAT HAMIL

  • Jangan merokok. Asap rokok menyebabkan ovum tidak matang. Dikhuatiri janin akan cacat jika persenyawaan berlaku. Sila dapatkan nasihat doktor untuk berhenti merokok.
  • Elakkan minuman beralkohol kerana ia akan mengurangkan tahap kesuburan seseorang. Minuman beralkohol juga mengancam nyawa bayi yang dikandung. 
  • Jangan ambil sebarang ubat-ubatan tanpa prescription dari doktor. Dikhuatiri ubat-ubatan yang diambil tanpa nasihat doktor tidak sesuai dan boleh menjejaskan kesuburan dan mengganggu proses persenyawaan.
  • Jangan gunakan pelincir faraj kerana ia menyebabkan sperma mati dan mengurangkan kesuburan. Air liur juga mempunyai kesan yang sama. Sila dapatkan nasihat doktor untuk mengetahui pelincir faraj yang sesuai.
  • Jangan bersenam secara keterlaluan. Jika anda tidak mempunyai masalah berkaitan berat badan, jangan bersenam melebihi 5 jam seminggu kerana ia boleh menurunkan tahap kesuburan seseorang walaupun hanya senaman aerobik.

SET KESUBURAN SHAKLEE MEMBANTU ANDA CEPAT HAMIL

Vitamin Asas Untuk Suami Isteri


SET KESUBURAN SUAMI ISTERI yang lengkap
  1. B COMPLEX
  2. ESP
  3. VITALEA
  4. VITAMIN C
B COMPLEX

  • Terkenal dengan sifat anti-stress. Ketika tertekan, sejenis hormon akan dibebaskan untuk mengjalang tahap kesuburan.
  • Vitamin yang lengkap dengan B6, B12 dan folic acid. Pengambilan asid folik bersama dengan kehadiran B6 dan B12 disarankan bagi mengelakkan anemia yang menjejaskan kesuburan dan mengurangkan risiko kecatan janin dan tiub neural.
  • Membantu pasangan suami isteri meredakan tekanan hidup seharian yang semakin membebankan dan membantu otak dan badan lebih bersedia dan tenang untuk proses kehamilan.
ESP
Untuk hamil, wanita memerlukan protein yang cukup dan lengkap dengan asid amino. ESP adalah protein yang lengkap kerana mempunyai 9 asid amino yang digunakan dalam pembentukan sel-sel badan kerana protein adalah makanan asas kepada sel.

Fungsi protein dalam meningkatkan tahap kesuburan suami isteri:

  • Menguatkan otot rahim
  • Asid amino sangat diperlukan dan penting dalam pembentukan sel badan ibu dan bakal janin.
  • Membekalkan tenaga sepanjang hari agar tidak mudah penat terutamanya bagi wanita bekerjaya.
Once ovum dan sperma berjaya disenyawakan, proses seterusnya hanya mengambil masa 24 jam sahaja untuk pembentukan bayi anda. PROTEIN penting sebagai BASED CELLS kerana bila ovum dan sperm berjaya disenyawakan, sel-sel akan mula membahagi dan pada waktu ini baby akan mula terbentuk dan berkembang di dalam rahim isteri.

VITALEA (MULTIVITAMIN)

  • Mengandungi 28 vitamin dan mineral yang diperlukan badan.
  • Mengandungi ZAT BESI.
  • Mengandungi ASID FOLIK yang diperlukan isteri dalam mengelakkan kecacatan janin dan kecactan tiub neural.
  • Pengambilan SEBIJI SEHARI membantu meningkatkan taraf kesihatan dan kesuburan suami isteri secara menyeluruh.
  • Kekurangan vitamin dan mineral penting boleh menjejaskan tahap kesuburan suami isteri. Kualiti sperma dan ovum juga turut terjejas.
VITAMIN C

  • Bertindak sebagai anti-oksidan seperti VITAMIN E yang bagus untuk memperbaiki sel-sel dalaman yang rosak.
  • Sperma yang tidak sihat dan tangkas akan bermasalah untuk disenyawakan dengan ovum.
  • Membantu penyerapan Zat Besi yang terkandung di dalam VitaLea.
  • Sangat sesuai diambil oleh suami yang kuat merokok.

VITAMIN UNTUK ISTERI

GLA COMPLEX

  1. Menstabilkan hormon dan memperbaiki period cycle yang tidak teratur yang dialami isteri. Period cycle yang tidak teratur menyukarkan untuk hamil. Period cycle yg tetap membantu wanita mengenalpasti waktu subur dengan tepat & meningkatkan peratusan persenyawaan antara ovum dan sperma.
  2. Menghasilkan cecair mucus yang cukup di dalam serviks. Membantu sperma berenang ke tiun Fallopio untuk bertemu ovum. Cecair mucus ini membantu sperma untuk hidup sehingga 5 hari di dalam tiub Fallopio isteri dan meningkatkan peluang hamil walaupun suami isteri tidak bersama pada waktu ovulasi.
ALFALFA COMPLEX

  • Membantu menyelesaikan masalah keputihan.
  • Membantu menyelesaikan masalah haid yang tidak teratur atau senggugut yang melampau ketika haid.
  • Mengeluarkan toksin yang tersimpan lama.di dalam badan. Ada wanita yang mana periodnya tidak teratur, kemungkinan darah-darah period yang tidak keluar itu tersimpan di dalam badan. Ini boleh mengakibatkan ketumbuhan (cyst/fibroid) di dalam badan.
  • Pernah dengar kentut vagina? Ia terjadi disebabkan angin yang terkumpul di dalam faraj. Angin yang terkumpul ini mengganggu kesuburan dengan menghalang sperma dari memasuki tiub Fallopio untuk bertemu ovum.

VITAMIN UNTUK SUAMI

VITAMIN E

  • Mengandungi Selenium.
  • Lelaki kehilangam Selenium melalui air mani. Oleh itu VITAMIN E yang mengandungi Selenium sangat diperlukan dalam membantu hubungan seksual suami.
  • Antioksidan yang mampu menghasilkan sperma dan ovum berkualiti.
  • Selenium - memaksimakan penghasilan sperma dan membantu sperma berenang ke arah ovum dengan lebih laju.
  • VITAMIN E membantu suami untuk lebih bertenaga, mudah terangsang dan mengekalkan ereksi yang lebih lama serta menghasilkan orgasma yang berkualiti.
ZINC COMPLEX

  • Membantu pembentukan hormone testosteron dan mengekalkan paras testosteron yang bersesuaian.
  • Membantu mengekalkan jumlah air mani
  • Memberi tenaga kepada sperma untuk bergerak lebih aktif di dalam tiub Fallopio menuju ovum.
  • Berperanan dalam proses pembentukan genetic iaitu pada DNA. Secara keseluruhannya, ZINC mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat.
  • KEKURANGAN ZINC bagi lelaki - mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk abnormal sperm, low count sperm dan penyakit berkaitan prostat.

JANGAN PERNAH BERHENTI

Rezeki semua orang tidak sama. 
Ada yang terus hamil selepas kahwin. Alhamdulillah.

Ada yang lepas setahun berkahwin baru disahkan hamil.
Ada yang 2 3 tahun baru pregnant.
Ada jugak yang pregnant selepas berpuluh tahun kahwin.

Yang pastinya, mereka hamil asbab di atas segala usaha yang mereka ikhtiarkan tanpa jemu hanya kerana mahu menimang cahayamata.
Jangan pernah jemu untuk berusaha kerana Allah SWT memandang usahamu itu. Asbab usaha tersebut, Allah SWT mengurniakan kamu cahayamata.

SET KESUBURAN SHAKLEE sangat sesuai diamalkan semua peringkat umur dan jantina.

Dapatkan nasihat doktor untuk mengenalpasti setiap masalah yang dihidapi. Bila dah tahu masalah dan penyakit, then saya akan consult anda dengan SET KESUBURAN SHAKLEE. 

Kita rawat dan baiki dari dalam badan. InsyaAllah bila dalaman dah sihat dan boleh berfungsi dengan optimum, InsyaAllah peluang anda untuk hamil tinggi.

Hubungi saya jika berminat untuk mendapatkan SET KESUBURAN SHAKLEE ni. Anda pasti tak menyesal dengan kesannya selepas anda consume SET KESUBURAN SHAKLEE ni dengan konsisten dan mengikut jadual dan dosage yang saya berikan.

Wanie Rusli | 017-9445430
Shaklee Independent Distributor


No comments:

Post a Comment

Wanie Rusli Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign