Wanie Rusli: BENGKAK SUSU

Pages

2 Apr 2018

BENGKAK SUSU

Actually Selasa tengah malam 13/3 tu dah rasa sengal-sengal and ngilu area breast & nipple.
.
.
Ni kali kedua jadi. Kali pertama masa awal bulan 3 hari tu. Kebetulan masa 1st time kena tu pun tengah malam jugak. Jadi Sabtu esoknya bagi Aisyah menyusu kerap. Alhamdulillah bengkak cepat surut.
.

.
Kali kedua ni jadi time weekdays.
Rabu 14/3 esoknya tu kerja jadi terpaksalah pam walaupun breast & nipple sakit.
.

.
Kebetulan Rabu tu Mak jaga Aisyah jadi waktu rehat tu Ummi balik nak bawak abang Umar ke office.
.
Sampai rumah tengok Aisyah dah tidur.
Terpaksalah tunggu dia bangun untuk bagi dia susu.
.
Alhamdulillah Aisyah tidur sekejap je jadi sempatlah Ummi susukan dia. Ya Allah perasaan masa ni...Allah je tahu betapa Ummi tahan sakit, pedih & ngilu yang amat.
.
Demi nak hilangkan bengkak susu, Ummi perlu susukan Aisyah. Cara terbaik nak kosongkan breast adalah dengan bagi baby menyusu sekerap mungkin berbanding kosongkan dengan pam.
.
Tapi Aisyah hisap sikit je sebab dia masih kenyang.
.
Sampai office, Ummi kena pam susu sebab breast dah bengkak & lagilah bertambah sakit. Huhuhu...
.
.
.
.
Malam tu, mak pesan kalau sakit lagi, pergilah klinik esoknya.
Bengkak susu ni boleh bawak ke demam & sakit urat. Mak cakap.
.
Esoknya Khamis 15/3 pergi klinik panel.
Bila doctor tanya kenapa, saya jawab breast & nipple sakit. Belah kiri.
.
Doc suh baring. Nak check breats. Doc picit nipple & dia cakap yes bengkak susu. Nipple pun ada nanah sikit tapi tak bahaya for baby.
.
Then doc prescribed antibiotik untuk hilangkan nanah tu & ubat tahan sakit.
.
.
.
Lupa pulak nak cerita. Rabu malam tu, iols makan OMEGAGUARD SHAKLEE nak hilangkan bengkak & sakit tu.
.
Amazingly bila bangun pagi Khamis tu, bengkak dah surut & dah tak berapa sakit tapi bengkak susu tu still ada lagi. Area yang bernanah pun dah mengecil.





Doc cakap bengkak susu ni boleh bawak demam. Doc pun pelik macam mana boleh bengkak susu sedangkan baby DF & pam.
.
Doc ajar cara urut breast untuk surutkan bengkak.

.
Balik dari klinik, terus telan ubat lepas siap makan nasi.
.
Saya ni jenis yang tak berapa nak makan antibitok tapi since nipple dah bernanah terpaksalah makan.
Doc suh habiskan antibiotik tu tapi saya tak habiskan pun. Sempat makan dalam 4 biji je itupun saya makan sebiji sehari. Sepatutnya kena makan 2 biji sehari.
.
.
.
Alhamdulillah so far so good. Lepas seminggu jumpa doc, telan ubat & supplements, sakit dah hilang. Yang bestnya bila Aisyah menyusu dah tak sakit. Yeaaaaayyyyy.

No comments:

Post a Comment

Wanie Rusli Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign